Landskap politik Malaysia Menuju PRU 15
Barisan kabinet baharu yang dilantik oleh Perdana Menteri DS Ismail Sabri sedikit sebanyak memberi tahu pendirian dan strategi mereka menuju PRU 15.
BN-UMNO
Blok Zahid vs blok Ismail Sabri
Pemilihan UMNO adalah yag paling hampir. Dan ini akan menyaksikan pergelutan jawatan Presiden antara kumpulan Zahid dan Ismail Sabri. Pelantikan Ismail Sabri sebagai PM 9 sudah pasti memberikan kelebihan kepadanya. Pelantikan kabinet tanpa blok Zahid (Najib, Zahid, Pemuda Umno Asyraf dan Shahril) jelas menunjukkan peluang ini dimanfaatkan sebaiknya untuk mengukuhkan kedudukannya menuju majlis perwakilan UMNO. Ini dikuatkan lagi apabila Hamzah Zainudin masih lagi memegang jawatan Menteri KDN. Mungkin sahaja pengguguran kes akan ditawarkan sebagai hadiah atau digunakan sebagai ugutan sekiranya mencabar kedudukannya. Apa-apapun kumpulan Zahid di jalan buntu.
Menuju PRU 15, pendirian UMNO secara umumnya akan lebih selesa jika bertanding sebagai BN dan bukan Perikatan Nasional atau Muafakat Nasional. Kedudukan mereka yang mendominasi undi majoriti Melayu tercabar dan rugi apabila bertanding tiga penjuru pada pilihanraya lepas. Bersatu mengambil 15 kerusi UMNO. Selepas dianaktirikan pada PRN Sabah, sudah pasti UMNO akan berusaha mengambil semula kerusi mereka yang dirampas Bersatu.
Rakyat tafsir PN1.0 gagal mentadbir negara dan persepsi ini lebih melekat kepada Bersatu dan PAS berbanding Umno. Kedudukan Umno sebagai parti lebih dominan akan memberikan kelebihan buatnya dalam soal agihan kerusi. Ada juga kemungkinan mereka akan meninggalkan PAS kerana jika 4 penjuru berlaku mungkin mereka memiliki kelebihan di kawasan majoriti undi Melayu.
Bersatu
Laporan penganalisa politik di Malaysia kini menjangkakan masa depan Bersatu lebih pudar untuk political survival mereka. Walaupun mereka dikekalkan di dalam kabinet, ini hanyalah strategi UMNO untuk mengekang populariti dan pengaruh koalisi PH yang agak besar (89 kerusi berbanding 78 kerusi BN). Kemungkinan Umno akan terus putus dengan Bersatu, masing-masing membawa haluan masing-masing.
Untuk PRU-15 nanti, Bersatu tak ada tempat. Adalah pemimpin-pemimpin dia akan menang, tapi kebanyakan kawasan UMNO menang dulu yang lompat ke Bersatu, Umno akan dapat balik. Dalam sejarah UMNO, kalau dia sudah keluar dari UMNO, dia sudah tidak popular. Contohnya Mohd Isa Abdul Samad, siapa tak kenal, berapa puluh tahun menjadi menteri besar Negeri Sembilan.
Tapi bila bertanding dalam pilihan raya di Port Dickson, dia kalah dengan kekalahan yang besar sekali, katanya merujuk kekalahan teruk Mohd Isa kepada presiden PKR Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil (PRK).
Mohd Isa mengumumkan keluar Umno pada 28 Sept 2018 bagi bertanding kerusi PRK Port Dickson selepas parti itu tidak meletakkan calon di kerusi berkenaan.
Dia tewas dengan hanya memperoleh 4,230 undi berbanding 31,016 undi yang dimenangi Anwar.
Namun yang lebih teruk nasibnya adalah Bersatu. Tindakan UMNO memilih masa paling buruk untuk Bersatu, waktu rakyat paling menyampah dengan kepimpinan Muhyiddin seolah disengajakan untuk menguburkan peluang Bersatu untuk menjadi popular dalam PRU-15 sebelum sempat memiliki akar umbi yang kuat.
Jika sebelum ini mereka disokong oleh akar umbi Pas, jika benar Pas memiliki perangai yang disebut Ku Li, dia akan kembali menyokong UMNO yang dilihat lebih gagah berbanding Bersatu yang kini terbuang. Bahkan mungkin tidak terlalu pelik kalau kemudian Azmin dan Muhyiddin akhirnya memilih masuk UMNO jika mereka melihat tipisnya peluang untuk Bersatu terus signifikan jika Pas pun sudah meninggalkan mereka.
PAS
Rekod sebelum ini telah menunjukkan UMNO tidak pernah dan akan memberikan kerusi mereka kepada PAS. Jadi PAS sama ada mengekalkan kerusi yang sedia ada atau berkurang. Itu lebih baik berbanding tiga penjuru yang akan menyaksikan PAS hilang lebih banyak kerusi seperti PRU 14.
PRU-15 berkemungkinan besar milik Pas dan UMNO kalaulah mereka terus dengan momentum menghasut rakyat sepanjang penggal tanpa bersifat gelojoh. Mereka berpeluang meniru momentum PH menjatuhkan Najib Razak (terutamanya mempermainkan fitnah isu perkauman).
Tapi mereka gelojoh. Dalam limit satu penggal lima tahun, 22 bulan di bawah PH, 17 bulan di bawah PN diketuai Bersatu. Maka berbaki paling lama pun 21 bulan di bawah PN diketuai UMNO. Muka-muka yang memimpin masih sama. Ramai tiada ketokohan atau kemampuan. Apa yang boleh dibuat kumpulan semisal ini dalam 21 bulan di tengah bencana pandemik ini?
PH
Adakah 89 kerusi ini kukuh? Jelas di blok PH ada suara-suara yang inginkan perubahan dalam kepimpinan tapi tidak ramai. Suara ini tak kuat. Hanya 2 MP dari DAP misalnya yang lantang dan segelintir kepimpinan muda daripada Amanah. Sekiranya PH perkukuhkan strategi mengambil semula kerusi yang dibawa lari Azmin dan Bersatu yang mungkin tidak sukar, tidak mustahil majoriti mudah boleh dimiliki.
Kelantangan suara rakyat dalam kegagalan PN dan BN, akan digunakan, situasi sekarang tidak akan pulih dengan cepat dan kemarahan rakyat tidak akan reda, ini yang akan digunakan PH untuk mendapatkan kerusi untuk membentuk majoriti tipis tanpa perlu berunding dengan UMNO, PAS atau Bersatu. PRU 14 menyaksikan betapa mudahnya undi di negeri-negeri Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka ini berubah dan tinggi jumlah pengundi yang atas pagar.
Jika berlaku 3-6 penjuru yang akan mendapat kelebihan adalah PH. Kemelut dalaman UMNO dan antara UMNO-Bersatu perlu dimanfaatkan PH. Adakah DAP atau Amanah akan keluar PH?
Warisan Pejuang dan Muda
4 kerusi yang dimiliki Pejuang dan 18 dimiliki Warisan dan 1 Muda bukan sedikit tetapi mempunyai peluang besar menentukan blok yang akan memiliki majoriti mudah. Mereka akan lebih selesa menjeadi kumpulan berkecuali dan memilih kumpulan yang akan bersetuju dengan terma dan syarat yang mereka tetapkan. Kemungkinan besar sudah tentu PH, seperti menawarkan jawatan TPM kepada mereka.
Ada juga kemungkinan mereka bekerjasama dengan UMNO melihatkan pengaruh Zahid dan Najib semakin ditekan di dalam UMNO.