Kuarantin 3 Hari Bukan Sains Jawab Adham Baba

Laporan terbaru yang dikongsi oleh Malaysiakini, melalui temubual atas talian bersama Dr. Adham Baba, SOP perintah kuarantin 3 hari yang dibenarkan kepada Menteri dan akan datang, ahi perniagaan adalah untuk membuka ruang ekonomi.

“Kita mulakan dengan menteri terlebih dahulu kerana senang diurus sebelum membukanya kepada orang ramai … mungkin peniaga,”

“Biasanya kami meminta ujian swab selama tiga hari selepas tiba dan ditambah tujuh hari kuarantin di negara kita. Jadi itu tiga ditambah tujuh.”

Dr Adham Baba mengambil contoh Indonesia yang tidak melakukan perintah wajib kuarantin meskipun kes penularan yang tinggi.

“Mengapa Indonesia, meski memiliki begitu banyak jangkitan, masih tidak mewajibkan kuarantin terhadap Muhyiddin? Ini kerana mereka ingin membuka ekonomi,” katanya.

Dr Adham juga turut menambah, SOP terbaru itu bukanlah berdasarkan sumber saintifik.

“Ini bukan mengenai sains sepenuhnya. Ini mengenai bagaimana kita mengatur siapa yang akan pergi ke luar negeri.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *