Kes Rasuah Rosmah Mansor. Apa yang Kita Perlu Tahu

Latar belakang kes

Rosmah, menghadapi tiga tuduhan

1. Meminta dan menerima rasuah melibatkan sejumlah RM 194 juta ($ 48.09 juta) untuk membantu sebuah syarikat, Jepak Holdings Sdn Bhd, mendapatkan projek tenaga solar bernilai RM 1.25 bilion.

2. Dari jumlah itu, pendakwa raya menuduh Rosmah mengatur RM 187 juta untuk dibayar sebagai sumbangan politik kepada Najib.

3. Menerima rasuah sebanyak RM 6.5 juta.

Rosmah menuduh Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Najib, Rizal Mansor yang mengambil rasuah dan menafikan penglibatannya. Rizal bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.

Keputusan mahkamah

Mahkamah telah pun menerima kes tersebut dijatuhkan sebagai kes prima facie. Apa maksudnya?

Perbicaraan di mahkamah ada dua peringkat.

1. Peringkat prima facie.

Pada peringkat ini, orang kena tuduh (OKT) tidak akan memberi sebarang kenyataan. OKT cuma duduk diam-diam dalam kandang tertuduh.

Ketika ini, yang memberi keterangan adalah saksi pendakwa dan sudah tentu semua kenyataan itu akan menunjukkan kesalahan terletak pada tertuduh.

Jadi yang diputuskan mahkamah hari ini adalah:

  • Pendakwa raya dah menjumpai bukti yang cukup dan kuat untuk mendakwa Rosmah bersalah
  • Pendakwaan dah 50% menang kerana mahkamah menerima bukti dan fakta pertuduhan.

2. Tertuduh akan dipanggil membela diri.

Ada 3 pilihan bagi tertuduh :

i) Berdiam diri. Dan mahkamah akan terus putuskan hukuman.

ii) Beri keterangan di kendang tertuduh.

iii) Beri kenyataan dari kandang saksi dalam keadaan bersumpah.

Rosmah memilih pilihan ketiga. Jadi, beliau boleh memanggil saksi untuk yang menyokong keterangannya.

Apabila selesai di peringkat ini, barulah mahkamah akan menilai semula kes secara keseluruhan.

Mahkamah akan menilai keterangan saksi pembelaan dan jika kenyataan itu menyokong dan membuktikan kenyataan tertuduh, mahkamah perlu membebaskan OKT.

Jika keterangan tertuduh dan saksi tidak meyakinkan, maka kes prima facie pendakwaan akan kekal.

Dijangkakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan dipanggil sebagai saksi, selepas audio rakaman “let me advice you something” diterima sebagai bukti oleh mahkamah. Selain untuk menafikan tuduhan kedua- sumbangan politik daripada RM1.25 bilion projek solar.

Mahkamah akan diteruskan 6 Jun nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *