Kes Kartel Daging Haram
Sejak beberapa hari lepas tular di media sosial kes kartel daging bukan halal. Sejak dari itu antara badan yang terkesan dan mendapat pelbagai tuduhan adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Betulkah JAKIM badan yang sepenuhnya bertanggungjawab dengan isu ini?
1. Daging atau apa-apa makanan import memang tidak pernah atau akan dapat persijilan halal daripada JAKIM.
2. Yang ada adalah persijilan halal badan-badan luar negara diiktiraf JAKIM.
3. Walaupun untuk perbekalan daging tempatan ,persijilan halal hanya diberikan sekiranya sembelihan mematuhi piawai Jabatan Veterinar dan JAKIM. Bukan JAKIM semata-mata. Premis sembelihan dan rumah sembelihan ada pegawai pemantau dari Veterinar dan JAKIM
4. Bagi daging Import pula, pemantauan itu bermula tapisan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) kemudian disemak oleh Jabatan Kastam dahulu. Barulah melalui Veterinar dan JAKIM.
Isu besar yang timbul, adalah sebab pemalsuan sijil, cop halal badan luar negara dan kertas kerja boleh berlaku sebelum masuk ke tapisan Veterinar dan JAKIM.
5. Yang terlepas masuk selepas tapisan pertama ini yang jadi masalah, kerana:
- daging-daging haram yang bercampur antara daging lembu dan bukan lembu
- daging haram yang datang daripada daging lembu tak diketahui status sembelihan.
6. Belum ada lagi teknologi untuk mengesan sah tentu status daging ini. Tambahan pula, daging yang sampai dalam bentuk karkas yang siap diproses. Kepala pun dah tak ada. Lainlah kalau disembelih di sini.

“Siasatan yang sedang diajalankan bukan berkait sijil halal tetapi lebih kepada penggunaan perkataan halal yang digunakan terhadap daging import tersebut sama ada kebenaran itu diberikan oleh pihak berkuasa yang berwibawa,” – Astro Awani.
Sumber Twitter @H_Bakkaniy
Pautan asal: