Kes dan Cubaan Bunuh Diri Semasa Pandemik di Kebanyakan Negara Menurun Tetapi Tidak di Malaysia dan Jepun
Negara seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan beberapa negara lagi mencatatkan penurunan yang ketara bagi kes dan cubaan bunuh diri. Walaupun isu kesihatan mental diseluruh dunia dilaporkan merosot sepanjang pandemik, di negara-negara yang disebutkan mereka mencatatkan penurunan kes bunuh diri.
Bagi Malaysia pula, setakat statistik yang dikeluarkan Disember tahun lepas, kes bunuh diri di Malaysia menunjukkan peningkatan sehingga 20% sejak pandemik melanda negara kita. Purata kes mengikut jantina dilaporkan kekal sama seperti sebelum pandemik, iaitu lelaki lebih tinggi pada kadar 55-60 peratus dan wanita 40-45%.
Kadar bunuh diri di Jepun

Selain Malaysia, negara Jepun antara yang menunjukkan peningkatan kes yang sangat ketara khususnya dalam kalangan wanita.Menurut kajian Nature, pada satu masa, dilaporkan kes bunuh diri adalah lebih tinggi berbanding kadar kematian akibat jangkitan Covid 19.
Namun, pada gelombang pertama, kes bunuh diri di Jepun sebenarnya menurun. Bermula gelombang kedua kes bunuh diri meningkat mendadak. Peningkatan kes dilihat berlaku dalam kalangan wanita yang tidak bekerja dan kadar yang sama dalam kalangan mereka yang bekerja sendiri dan penururunan dalam kalanagan pelajar. Antara punca yang dikenal pasti adalah ”loneliness” dan tekanan akibat pengurangan gaji dan dibuang pekerjaan yang dilaporkan meningkat secara mendadak sewaktu pandemik.
Negara yang melaporkan penurunan

Negara yang melaporkan pengurangan kes bunuh diri mengenal pasti antara punca penurunan adalah peningkatan rasa kekitaan (sense of belonging) sewaktu bencana sama seperti sewaktu spanish flu melanda.
Selain itu, akses kepada khidmat pakar sewaktu pandemik dilihat lebih mudah iaitu secara atas talian.
Laman The Economist juga mendakwa pakej rangsangan ekonomi oleh kerajaan turut membantu mengurangkan kesan kepada tekanan yang boleh membawa kepada kes bunuh diri.