Kerana sokongan kepada Palestin, Mohamed Elneny ditekan

Mohamed Elneny, pemain midfield Arsenal yang berasal dari Mesir ditekan oleh pelobi Yahudi dan pendana pasukan itu hanya kerana sokongannya terhadap Palestin.

Elneny terdahulu telah mengirimkan tweet ‘my heart, my soul and my support for you Palestine’ (hatiku, jiwaku dan sokonganku untukmu Palestin), sebagai solidariti bersama penduduk Gaza yang sedang diserang oleh tentera pengganas Israel.

Syarikat kopi, Lavazza Group yang merupakan salah satu pendana Arsenal mengadakan ‘perbincangan’ dengan kelab tersebut, disyaki untuk menekan pemain itu.

Kejadian ini sebahagian daripada trend di negara Barat yang melabel sesiapa sahaja yang mengkritik Israel sebagai ‘rasis’ dan ‘antisemitik’, dengan tujuan menutup sebarang kritikan terhadap negara pengganas itu.

Walaupun ditekan, kelab Arsenal tetap berdiri di belakang Elneny dan mengatakan bahawa pemainnya bebas untuk menyuarakan pandangan masing-masing, walaupun kelab itu menasihatkan mereka supaya memahami kesan daripada sebarang tulisan di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *