Keputusan Darurat Boleh Dicabar di Mahkamah – Peguambela
Menururt peguambela dan penimbang tara antarabangsa GK Ganesan di dalam portal beliau, keputusan prokalamasi Darurat ini boleh didakwa kerana melanggar prinsip undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekututan.
Asas Darurat Mengikut Perlembagaan
Mengikut Perlembagaan Persekutuan 1957 Bahagian XI Perkara 150, Proklamasi darurat boleh dikeluarkan “ Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam”
1. Darurat Besar bermaksud ‘menimbulkan kecemasan’, atau keadaan yang ‘parah’ merujuk kepada
(a) keselamatan negara, atau
(b) kehidupan ekonomi negara, atau
(c) ketenteraman awam di seluruh negara adalah
- ‘terancam teruk’; dan
- ‘sudah sangat hampir berlaku’.
Adakah Covid19 dan banjir sekarang darurat besar?
Tidak, Covid-19 adalah isu perubatan awam tidak termasuk 3 kriteria tadi.
Adakah banjir boleh termasuk, Ya. Tapi masih dalam skala terkawal dan tidak terancam teruk. Setiap tahun kita hadapi banjir.
Sebelum ini, darurat yang pernah diisytiharkan adalah:
- Pendudukan Jepun
- Konfrontasi Indonesia 1963
- Pemberontakan 13 Mei 1969
Hari ini, tidak ada ‘rusuhan’ di mana-mana bahagian negara ini.
Sekali lagi, tidak ada ‘pemberontakan’ atau ‘bencana’ yang bersifat ‘awam’ atau ‘perubatan’.
Mengapa boleh dicabar di mahkamah?
Jika tujuan darurat adalah untuk mengekalkan PM yang tiada majoriti di dewan Rakyat.
Mengikut Artikel 43(2) “Raja perlu melantik..Perdana Menteri..ahli Parlimen Dewan Rakyat yang pada hemat beliau mempunyai konfiden majoriti ahli parlimen Dewan Rakyat.”
Sekiranya Artikel 150 (8) bersenjata kuat untuk mewujudkan Darurat palsu apabila keadaan tidak membenarkannya; jika tujuan Darurat adalah menyalahi hak asasi yang dijamin oleh perlembagaan. Kuasa rakyat adalah pada ahli parlimen Dewan Rakyat yang dilantik.
” Maka pada pandangan saya, setiap keputusan kerajaan berdasarkan alasan tersebut, tidak kebal dari cabaran undang-undang iaitu keputusan tersebut dikatakan ‘dibenarkan’.”
Video asal: