Kepincangan Fungsi PDRM dan Budaya Korupsi

Terdapat dua kes yang baru sahaja tular di media sosial dan menjadi perbualan hangat netizen.
(1) Remaja dikompaun RM1000 kerana menurunkan pelitup mukanya ketika menunggu di KTM

(2) Penutupan beberapa gerai burger dan operasi pusat perjudian haram dan pengedaran rokok seludup di sekitar Sungai Buloh

Kedua dua perkara ini mendapat tohmahan dan kecaman netizen. Apakah puncanya? Mengapa perkara ini merisaukan kita?
1. Sikap selective atau double standard PDRM
Seorang remaja yang tidak memakai pelitup muka dengan betul dikompaun berbanding politikus dan bangsawan yang tanpa mengambil endah pun untuk memakai pelitup muka memuat naik gambar konferens dan aktiviti mereka di media sosial.

2. Pengamalan rasuah yang berleluasa oleh pihak polis.
Baca Thread penuh oleh Injang Nation di Twitter yang mengumpul pengalaman masyarakat berdepan isu rasuah bersama pihak polis (1).
3. Pihak berkuasa yang terlibat dengan pusat perjudian haram dan pengedaran rokok seludup
Pihak berkuasa MBSA dan PDRM dikaitkan terlibat dengan memberi perlindungan kepada operasi haram ini dan bertindak tidak adil kepada bisnes tepi jalan oleh rakyat marhaen.

4. Kelemahan Kementerian dalam Membanteras Rasuah
Kementerian yang bertanggungjawab terhadap polis ialah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kenapa walaupun kerajaan dah bertukar 2 kali, tapi PDRM masih belum berubah dan kekal sebagai agensi yang penuh dengan masalah rasuah dan korupsi sampai hari ini?

5. Campur tangan Eksekutif
Dalam satu perspektif yang lebih besar,perkara ini mempamerkan kelemahan institusi perundangan di Malaysia oleh kerana campur tangan Eksekutif yang hanya mahu menggunakan badan ini untuk kepentingan sendri dan bukan kemajuan negara. Umum mengetahui sistem perundangan dan kehakiman pada hari ini banyak campur tangan oleh kuasa eksekutif iaitu kerajaan yang memerintah. Pada zaman pentadbiran BN dahulu perkara ini sangat ketara. Boleh baca pautan ini (2)

Rujukan: