Kenapa Parlimen dan Kerajaan Israel Sangat Tak Stabil?

Parlimen Israel baru mengundi untuk membubarkan diri sendiri. Ini akan menyebabkan pilihanraya ke-4 dalam masa 2 tahun. Kita selalu ingat Israel negara kuat. Tapi sebenarnya kerajaan dia lemah dan berpecah. Kenapa?

1. Sistem undian ‘proportional representation’

Sistem undian yang dipakai di Israel ialah PR – kerusi ikut jumlah undian keseluruhan. Parti yang dapat 10% undi dapat 10% kerusi. Ini menyebabkan banyak parti-parti kecil dalam Parlimen dan susah untuk satu parti dapat majoriti.

2. Sistem PR menyebabkan susah untuk dapat majoriti.

Israel ada 120 kerusi (61 untuk majoriti), tapi parti paling besar (Likud) hanya ada 36 kerusi. Kita ingat Israel negara di mana semuanya Yahudi. Tapi pecahan2 politiknya banyak. Ada :

  • Sekular kanan
  • Sekular kiri
  • Ortodoks

Dan lain lain lagi.

3. Ketidakstabilan

Benjamin Netanyahu (Likud) ada permusuhan yang sangat dahsyat dengan Benny Gantz (Blue & White).

Masing2 ada 36 dan 33 kerusi, perbezaan yang sangat tipis.

Bila-bila kerajaan boleh bertukar. Usaha pembubaran ini ialah langkah terbaru Gantz utk ‘checkmate‘ Netanyahu

Ingatkan ahli Parlimen Malaysia je suka lompat-lompat?

Parlimen Israel lebih dahsyat lagi!

“Kamu menyangka mereka bersatu, padahal hati mereka terpecah-pecah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *