Kenapa Israel Kecut Perut Dengar Bella Hadid Laung “From the river to the sea, Palestine will be free”

Apabila Bella Hadid sertai demonstrasi aman dan laungkan slogan yang bermaksud “dari sungai ke laut Palestin akan merdeka”, laman media sosial Israel terus kecut perut dan serang kata Bela Hadid nak campak orang Yahudi ke laut. Taktik Islamofobik dan rasis ini bukan baru tapi dah lama.

Menurut Maha Nassar, seorang professor dalam pengajian Timur Tengah dan Afrika di Universiti Arizona yang berbangsa Palestin, slogan ini bermula apabila tentangan negara Arab terhadap cadangan penubuhan Israel pada November 29 1947 di Persidangan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Mereka membangkang kerana melihat Palestin sebagai satu entiti daripada sungai (Jordan) ke laut (Mediterranean) jadilah frasa (from the river to the sea). Panggilan itu mula dilaungkan bagi membentuk satu negara demokratik yang sekular sebagaimana sejarah Palestin yang terdiri daripada penduduk dan bebas daripada sebarang penindasan daripada regim yang berbangsa Israel ataupun Arab. Ini jugalah yang diucapkan Yaser Arafat, yang merupakan Pemimpin Fatah dan pengerusi PLO (Pertubuhan Pembebasan Palestin) pada perhimpunan PBB 1974.

Pada tahun 1967, media yang pro-Israel mula membina naratif frasa ni sebaga satu slogan ekstrimis.

Penulisan buku popular seperti Londonistan dan Israel/Palestin membincangkan slogan ini dengan mengaitkan dengan fahaman dan kumpulan militan seperti Al Qaeda yang menganggap Palestin akan diarabkan dari sungai ke laut atau dari sungai ke laut palestin adalah milik arab.

Dan naratif ini menjadi tidak terkawal (fahaman eskstremis) apabila penulis-penulis Barat ini cuba mengaitkan dengan fahaman Imam Mahdi dan sebagainya. Ini adalah taktik Zionis dan ekstremis, mereka cuba justifikasi perbuatan jahat mereka terhadap rakyat palestin dengan membina naratif bahawa Palestin atau Islam adalah ekstremis dan mereka hanya “mempertahankan diri” atau “menegakkan keadilan”.

Slogan ini kembali popular dan dilaungkan rakyat Palestin oleh Hamas pada sekitar 1980 an apabila kumpulan Fatah dan PLO mengubah pendirian rasmi mereka kepada penyelasaian dua negara berbanding satu negara. Walaupun ramai puak cuba mengaitkan isu slogan ini kepada anti semitisme atau permusuhan terhadap penduduk yahudi, dalam piagam Hamas pada rtahun 2017 jelas konfliknya adalah dengan Zionisme, bukan dengan Yahudi.

Laporan undian di Palestin dan Israel juga menunjukkan hanya sebilangan kecil iaitu kurang daripada 15 peratus yang inginkan pembuangan penduduk sebagai penyelesaian

Apa yang orang Palestin mahukan adalah hak yang sama. Mereka mahu hak bekerja keras untuk mencapai impian mereka tanpa didiskriminasi. Mereka mahu hak tinggal di tempat yang mereka pilih tanpa diberitahu bahawa mereka tidak boleh kerana etnik atau agama mereka. Mereka mahu hak memilih pemimpin yang mengawal kehidupan mereka.

Dengan kata lain, mereka mahukan kebebasan. Dan mereka mahukan kebebasan itu di seluruh tanah air bersejarah mereka, bukan hanya pada 22% yang merangkumi Tebing Barat dan Jalur Gaza.

Keinginan untuk kebebasan inilah yang diminta oleh Marc Lamont Hill ketika dia meminta “Palestin bebas dari sungai ke laut.” dalam ucapannya di perhimpunan PBB pada 2017 tapi ditekan sehingga kena minta maaf dengan Israel. Walhal, ucapannya bertujuan untuk memusatkan aspirasi rakyat Palestin, bukan meremehkan Israel. Ini telah hilang pada pengkritiknya, yang membicarakan masalah yang lebih besar.

Mengetepikan atau mengabaikan apa yang dimaksudkan dengan ungkapan ini kepada rakyat Palestin adalah cara lain untuk membisu perspektif Palestin. Memetik hanya ungkapan pemimpin Hamas yang menggunakan ungkapan itu, sambil mengabaikan konteks pembebasan di mana orang Palestin lain memahaminya, menunjukkan tahap ketidaktahuan yang mengganggu mengenai pandangan orang Palestin yang paling baik, dan percubaan sengaja untuk memburuk-burukkan aspirasi mereka yang paling buruk.

Yang paling merisaukan, kepercayaan bahawa “Palestin yang bebas” semestinya membawa kepada pemusnahan besar-besaran Israel Yahudi berakar pada anggapan yang sangat rasis dan Islamofobia mengenai siapa orang Palestin dan apa yang mereka mahukan.

Tulisan asal Maha Nassar:

https://forward.com/opinion/415250/from-the-river-to-the-sea-doesnt-mean-what-you-think-it-means/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *