Keluarkan Akaun 1 KWSP?

Ada banyak pihak yang gesa KWSP untuk beri kelonggaran keluarkan simpanan dalam Akaun 1. Ok ke tak ok cadangan ni?

Kita kena tengok:

  • berapa ramai sebenarnya menganggur
  • berapa banyak simpanan dalam KWSP
  • berapa berapa lama boleh hidup kalau keluarkan simpanan tu.

1. Pengangguran

Kadar pengangguran paling terkini 4.7%, atau lebih kurang 740,000. Tapi jangan tengok angka total tu – sebab sentiasa ada orang yang tak bekerja (dipanggil frictional unemployment), sebab tengah tunggu kerja lain, atau tak kerja sebab bukan musim dll. Pengangguran sebenar ialah tambahan berbanding tahun lepas, dan jumlah ni lebih lebih kurang 222,000 orang. Tapi jumlah sebenar yang terjejas lebih ramai. BNM kata 750,000 orang masih perlukan moratorium, dan ini jauh lagi ramai daripada 222,000 tadi. Ada yang tak diberhentikan tapi gaji dipotong, ataupun cuti tanpa gaji. Maknanya ramai lah yang tengah sesak.

2. Simpanan KWSP

Dalam akaun 1 ada berapa banyak? CEO KWSP cakap purata pencarum ada RM47,000 dalam akaun 1. Tapi tu purata, campur orang tua dan muda. Kalau orang muda (bawah 30 tahun) ada dalam RM10,000 je. Tak banyak sebab kerja pun tak lama.

3. Kalau keluarkan boleh tahan berapa lama?

Garis kemiskinan Malaysia RM2,208. Itu paling-paling kurang kalau nak bayar sewa, motor (tak ada kereta), bil api air dan makan kat rumah (tak boleh makan luar la kalau gaji banyak ni). Kalau orang muda tadi ada isteri & anak-anak, dan hilang kerja, lepas itu keluarkan semua akaun 1 boleh tahan dalam 5 bulan. Kalau suami isteri ada simpanan akaun 1 boleh tahan 10 bulan. Itu pun purata. Ramai yang tak sampai 10,000 pun simpanan akaun 1 dia.

4. Jadi bagus ke tak cadangan ni?

Ini bukan soal bagus ke tak, tapi soalan dia apa lagi alternatif yang ada untuk orang-orang yang ekonomi dia tengah jatuh. Kalau sampai tahap minta keluarkan Akaun 1 maksudnya tengah terdesak. Mungkin letak syarat untuk keluarkan supaya tak berlaku salah guna, contohnya:

  • nak keluar kena hilang kerja
  • atau gaji kena potong
  • atau gaji salah satu pasangan kena potong

Tapi rasanya kalau tahap nak keluarkan duit persaraan tu bukan sebab dia nak main saham atau joli. Kalau hilang kerja, lepas itu semua syarikat lain pun tengah kurangkan pekerja, memang susah nak cari kerja lain. Kalau anak pula kecil-kecil, nak bagi makan apa.

Jadi untuk orang muda terutamanya, bagilah kelonggaran sikit untuk keluarkan Akaun 1, boleh tampung sedikit sebanyak untuk beberapa bulan sementara tunggu ada vaksin untuk Covid dan keadaan pulih seperti sediakala.

Tak bagi keluar RM2,000 sebulan pun tak apa. Sekarang fasa kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Sumber FB Ikmal Nordin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *