Kelonggaran SOP Hanya Bahayakan Kanak-Kanak
Semalam Perdana Menteri Tan Sri Mahiadin Yassin mengumumkan kelonggaran SOP bagi penerima vaksin yang sudah melengkapkan dua dos vaksinasi (rujuk gambar).

Namun, langkah ini bukan hanya berisiko menyebabkan hospital yang sedang dibebani jangkitan kes yang sedang tinggi sekarang untuk collapse tetapi juga mendedahkan golongan yang belum divaksin untuk dijangkiti. Dan majoriti mereka yang belum divaksin ini terdiri daripada kanak-kanak.
Kebanyakan SOP yang dilonggarkan semalam adalah bagi negeri pada fasa 2 dan 3 seperti kebenaran dine in, melancong dan merentas daerah. Namun, negeri-negeri ini hanya mempunyai kadar vaksinasi pada tahap 20 peratus sahaja dalam kalangan orang dewasa.
Sekaligus meletakkan mereka yang belum divaksinasi dalam risiko yang tinggi apabila 100 peratus kanak-kanak bawah 12 tahun belum lagi divaksin. Menurut laporan oleh Healthline data yang dilaporkan di UK mengenai varian Delta, menunjukkan kanak-kanak yang mendapat jangkitan mempunyai risiko yang sama seperti orang dewasa untuk mendapat kesan buruk kepada kesihatan organ dan neurologi.

Semalam mencatakan kes kematian tertinggi iaitu sebanyak 360 kematian (keempat tertinggi di dunia) beserta 18 688 kes harian. Ini berikutan varian Delta yang sedang merebak dengan sangat pantas Kes aktif di negara kita kini lebih daripada 200 ribu dan jumlah kematian sudah pun menghampiri 11 ribu.
Negara- negara yang telah mencapai 50 peratus kadar vaksinasi seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Iceland kini sedang menunjukkan peningkatan jangkitan dalam kanak-kanak apabila sekolah dan sektor perkhidmatan sosial beroperasi seperti biasa dan syarat pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial dilonggarkan.