Karier Politik Azmin Ali Masih Jauh Daripada Penghujungya- Pemerhati Politik
Laporan akhbar The Vibes semalam melaporkan beberapa pakar Analisa politik menjangkakan jurutera Langkah Sheraton itu masih panjang untuk tahun-tahun akan datang. Tidak mustahil menjadi pengganti Presiden Bersatu satu masa nanti apabila Tan Sri Muhyiddin berundur daripada lanskap politik. Pada usia 56 tahun, dengan standard politik Malaysia, ini tak mustahil apatah lagi Muhyiddin yang sudah berusia 74 tahun disamping masalah kesihatannya yang agak serius.
Azmin dipinggirkan daripada jawatan TPM
Walaupun baru-baru ini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Azmin dilihat diabaikan, langkah ini hanyalah bagi mengurangkan ketegangan di antara UMNO dan BERSATU. Hasilnya Perikatan Nasional sekali lagi berjaya berpaut kepada dahan daripada persilisihan dalaman yang boleh membuatkan kerajaan itu lemas.
Tidak mustahil UMNO akan menarik sokongan sepenuhnya terhadap TS Muhyiddin pada satu-satu masa akan datang, namun melihat kepada situasi semasa memandang rendah peranan Azmin Ali hanya akan memakan diri.
Peranan di dalam Bersatu
Dengan sokongan akar umbinya ketika di dalam PKR, dan 10 Ahli Parlimen yang setia padanya tidak mustahil Azmin akan menjadi Timbalan Parti Bersatu apabila tibanya undian pemilihan wakil bagi parti tersebut.
Satu-satunya penghalang bagi Azmin daripada menjadi timbalan ialah Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang juga bercita-cita tinggi.
Tetapi jika dibandingkan dengan Hamzah, Azmin dilihat mempunyai kelebihan kerana sokongan kuat dari rakan-rakan bekas anggota PKR.
Penganalisa politik juga menganggap Azmin sebenarnya pada kedudukan yang agak selesa sekarang.
Sokongan di lapangan
Namun, setiap cita-cita Azmin akan bergantung kepadanya untuk memenangi kerusi parlimennya dan Parti Bersatu menewaskan saingannya dalam pilihan raya akan datang.
Dia mungkin mendapat sokongan akar umbi yang kuat dari bahagian dan cabang, tetapi di lapangan kebanyakan pengundi di kawasan parlimennya Gombak masih menyokong PKR.
Jadi Kawasan parlimen mana akan menjadi penentu sebenar, setakat ini desas desus mengatakan Azmin intai kubu kuat BN iaitu Parlimen Pengerang.