Isu Direct Nego Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Selepas pendedahan 101 senarai rundingan terus oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul, selain YB Azmin Ali yang terpalit atas tuduhan rundingan terus di bawah kementerian beliau yang tidak berasas, bekas menteri KPKT YB Zuraida terpalit sama. Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan susulan yang telah dibuat Azmin.

Twitter Tengku Zafrul bertarikh 26 Ogos 2020

Sebaliknya, Zuraida menafikan mempunyai sebarang pengetahuan selepas kenyataannya sebelum itu yang mendakwa tiada sebarang direct nego berlaku di bawah kementerian beliau. Ironinya, terdapat post di laman facebook beliau menunjukkan lawatan ke lapangan projek tersebut

Terbaru, pembantu Zuraida turut mendakwa projek rundingan terus diurus bawah kementerian Guan Eng (1)

Adakah beliau membayangkan KSU KPKT tulis surat mohon kelulusan RM170 juta dari Lim Guan Eng untuk projek ini tanpa pengetahuan Menteri KPKT?

Atau adakah beliau mendakwa LGE luluskan projek yg dibentang secara rasmi kpd KPKT tanpa pengetahuan Menteri KPKT?

Tahukah beliau

1. Satu permohonan perlu dikemukakan terlebih dahulu oleh KEMENTERIAN kepada MOF sebelum satu-satu kelulusan rundingan terus dibenarkan.

2. Letter of Intent (LOI) kepada syarikat adalah dikeluarkan oleh KEMENTERIAN

3. Jawtankuasa Rundingan Harga juga ditubuhkan di peringkat KEMENTERIAN dan Laporan Hasil Perundingan Harga turut disediakan oleh pihak Kementerian.

4. Letter of Acceptance (LOA) kepada syarikat  juga dikeluarkan oleh pihak KEMENTERIAN.

Rujukan:

  1. https://t.co/FcHIi0XvaF?amp=1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *