Isteri Timbalan Menteri WP Miliki Rumah Bernilai RM10 Juta
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara Kumar Ramanaidu, yang tular kerana mendapat kelulusan cuti 55 hari kini mendapat perhatian media dan masyarakat bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di New Zealand seperti laporan akhbar Stuff.
Ini berikutan:
1. Santhara antara sebilangan kecil pengunjung yang mendapat kebenaran memasuki New Zealand
New Zealand melaksanakn sistem Managed Isolation and Quarantine (MIQ) yang mempunyai SOP yang ketat dan tempat yang terhad. Terdapat banyak kes di mana penduduk New Zealand sendiri tidak dibenarkan pulang untuk melawat kematian ahli keluarga yang berpunca daripada Covid-19.
2. Alamat yang diduduki Santhara dan isterinya bernilai RM10.3 juta

Wartawan Stuff menziarahi kediaman yang dipercayai tempat tinggal Santhara sewaktu kunjungan beliau. Selepas disemak, hartanah tersebut didaftarkan atas nama isteri beliau Santhara, Caroline D’Cruz
3. Sebelum ini Santhara pernah bercadang untuk tinggal di New Zealand

Santhara pernah memohon status Permanent Resident(PR) dan bercadang untuk menetap di New Zealand.
4. Santhara dan isteri memohon pembelian hartanah bernilai RM11.17 juta di New Zealand

Pada tahun 2011, berdasarkan dokumen berikut, Santhara dan Isteri bercadang untuk membeli hartanah bernilai RM11.17 juta apabila menetap di New Zealand.
5. Ahli keluarga Santhara sudah pun mendapat status penduduk tetap di New Zealand
Berdasarkan laporan Sarawak Report, ahli keluarga Santhara sudah memiliki status penduduk tetap di New Zealand.
Santhara adalah antara bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat yang beralih kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia.