Israel Sedang Merampas Baitulmaqdis Timur daripada Palestin
Sejak Israel merampas Baitulmuqaddis Timur dalam perang 1967, organisasi pemukim Israel telah menuntut pemilikan tanah di Sheikh Jarrah dan telah mengajukan banyak tuntutan yang berjaya untuk mengusir penduduk Palestin dari kawasan kejiranan.
Israel mempunyai pelan penjajahan yang dipanggil ‘Holy Basin’ bertujuan untuk merampas pendudukan rakyat palestin untuk dimiliki Israel atas dasar tanah tersebut adalah tanah yang dijanjikan tuhan untuk mereka.
Kawasan Kejiranan Sheikh Jarrah
Berdasarkan undang-undang antarabangsa , kawasan Baitulmaqdis Timur yang di dalamnya termasuk Sheikh Jarrah adalah milik rakyat palestin.
Bagaimanapun, minggu lepas Mahkamah Agung Israel telah memerintahkan agar 6 keluarga palestin untuk diusir daripada rumah mereka.
Protes aman

Atas ketidakpuashatian, satu bantahan secara aman dilakukan oleh rakyat palestin dengan melakukan solat Jemaah dan berbuka puasa di jalanan kawasan kejiranan tersebut.
Pasukan tentera Israel bertindak menyerbu kawasan kejiranan Sheikh Jarrah di Jerusalem Timur yang diduduki rakyat Palestin.
Tentera Israel menyemburkan sejenis air kumbahan yang ditingkatkan secara kimia, dan menyerang penduduk dan penunjuk perasaan solidariti secara fizikal.
Peranan Amerika Syarikat
AS sudah pasti terlibat secara tidak langsung.
Organisasi pendudukan haram Israel ini mempunyai pejabat di AS dan setiap tahun AS menyumbangkan 3.8 bilion USD kepada Israel.