Indonesia Raih Pelaburan Asing Lagi
Prestasi Indonesia lebih baik bagi recovery sektor ekonomi pasca COVID 19 berbanding Malaysia. Dalam waktu pandemik masih belum menunjukkan penurunan dan kes dunia yang masih tinggi, sektor ekonomi Dunia antara yang sangat teruk terkesan.

Malaysia sendiri mencatatkan penurunan pelaburan asing di negara kita yang tinggi kerana kurang suntikan dan perancangan yang baik terutamanya daripada Belanjawan Negara yang diumumkan hujung tahun lalu.
Negara jiran, Indonesia sebaliknya mencatatkan peningkatan kemasukan pelaburan dengan beberapa syarikat multinasional dilaporkan untuk membuat penempatan semula di Indonesia.
Tahun lepas, sebanyak tujuh syarikat antarabangsa dilaporkan mengambil langkah tersebut. Syarikat tersebut kebanyakannya daripada negara China, Amerika Syarikat dan Jepun. Berita itu dilaporkan oleh Presiden Jokowi di Jakarta Post semalam.