India Naik Tangga Kedua Kes Covid 19 Tertinggi di Dunia
Secara rasmi, India mempunyai wabak COVID-19 kedua terburuk di dunia selepas Amerika Syarikat. Secara tidak rasmi, India adalah yang paling teruk.
India kini mempunyai 13.5 juta kes yang disahkan, berbanding 31.1 juta di AS . Negara ini kini berada di tengah gelombang virus kedua, dengan jangkitan harian yang disahkan mencapai paras tertinggi.
Tetapi nombor rasmi hanya menceritakan sebahagian cerita. “Dari apa yang telah dilaporkan, saya rasa India pasti mempunyai jangkitan paling banyak di dunia,” kata Ramanan Laxminarayan, pengarah Pusat Dinamika, Ekonomi dan Dasar Penyakit yang berpusat di Washington.
Sebabnya ialah, sehingga sekarang, pengujian hanya mengesan sebilangan kecil kes yang sebenarnya wujud di India yang berjumlah 1.3 bilion orang.
Dijangkakan bagi setiap 30 jangkitan, hanya satu kes sahaja yang diambil dan dikenalpasti di India. Jadi, jumlah sebenar jangkitan boleh dianggarkan 30 kali ganda daripada jumlah semasa menjadikan kira-kira 400 juta daripada 1.3 bilion populasi mereka.

Kemuncak gelombang kedua di India berpunca daripada majlis keraian dan sosial yang tidak terkawal berlaku seperti di tebing Sungai Gangga untuk menandai perayaan Maha Kumbh Mela.
Bagaimanapun India mempunyai kes kematian yang rendah di tangga keempat sebanyak 170,000 iaitu 1.25%. Antara sebabnya adalah umur penduduk di mana lebih separuh penduduk India mempunyai umur di bawah 25 tahun.
Bagaimanapun, kajian statistik menunjukkan penduduk berumur antara 30-70 tahun di India lebih tinggi risiko kepada kematian berbanding penduduk dalam lingkungan yang sama di China atau Amerika Syarikat.