Husam : Anwar Bawa Politik Perdamaian, Tun Mahathir Politik Permusuhan

“Politik permusuhan Tun Mahathir menghalang usaha-usaha ke arah Malaysia Baru”

Itu antara kesimpulan paling mengejutkan daripada Datuk Husam Musa dalam sesi ‘Dialog Malaysia Baru’ yang ditayangkan di laman facebook GHB MEDIA TV, malam tadi.

Beliau memberikan ulasan menarik tentang perbezaan gaya politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir:

“Anwar Ibrahim, karakternya boleh maafkan orang. Boleh lupa apa orang katakan pada dia. Tun Mahathir dulu hentam dia, penjarakan dia, dia boleh maaf terima Tun Mahathir sebagai Pengerusi PH. Boleh terima Tun jadi Perdana Menteri.

Dalam mesyuarat PH yang terakhir, DSAI kata “Please carry on Tun, you sambung terus, you jangan fikir nak berhenti. Saya akan sokong sampai habis”. Ini karakter dia.

Tapi Tun tidak balas dengan positif. Dia memisahkan diri daripada PH atas alasan Tan Sri Muhyiddin bawa keluar Bersatu daripada PH. Dia tubuhkan Pejuang, dia tidak masuk semula PH. Dia kata ‘Pejuang tak kena mengena dengan PH, tak kena mengena dengan PN’.

Politik permusuhan ini menghalang usaha-usaha ke arah Malaysia Baru”.

Dalam sesi yang berlangsung lebih kurang satu jam, Datuk Husam banyak menyentuh masalah-masalah politik dan ekonomi yang melanda Malaysia, punca-puncanya dan solusi yang beliau rasakan dapat membawa Malaysia keluar dan benar-benar Malaysia Baru.

Rakaman penuh sesi bersama Datuk Husam boleh ditonton di:

https://www.facebook.com/ghbmediatv/videos/690375898543442

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *