Harga Rumah Bakal Jatuh

1. MyPF kata lepas moratorium ni hutang tak berbayar (NPL) bakal naik

Boleh rujuk (1) post terdahulu tentang ‘gaung moratorium’.

2. Tambah lagi, bilangan orang yang menganggur atau/dan terjejas gaji pun naik sebab PKP & Covid.

3. Alamatnya kurang orang akan ambil loan rumah. MyPF ramal harga rumah akan jatuh.

4. Jatuh berapa banyak? Mereka anggar 10-15%. Kalau apartment 300,000 jadi lah 255, 000-270,000. Kalau rumah landed kat Lembah Klang daripada 500,000 jadi 425,000-450,000. Okeylah tu, daripada sangat mahal turun jadi mahal je.

5. Itu kalau baru. Kalau sub-sale diorang anggar jatuh lagi banyak.

6. Perlu beli property tak? Kalau tanya ejen semua perlu. Tapi ingat, walaupun murah sikit ukurlah baju juga.

Rujukan lanjut

1) https://www.facebook.com/ikmal.nordin/posts/10223455442230996

Sumber FB Ikmal Nordin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *