Harakah Perlu Mohon Maaf – Mempolitikkan Isu Kemurungan dan Bunuh Diri
Program forum “Kemurungan dan Bunuh Diri semasa PKP: Apa Solusi Islam?” yang dianjurkan Harakah semalam adalah program yang gagal dan tak beretika.
1) Murung tidak boleh dikatakan sebagai “gila.” Berkali-kali istilah ini di salahgunakan oleh moderator.
2) Anda tidak boleh menyerang “haters” anda dengan serangan dan gurauan kasar seperti “kita baca agar mereka tenang dan tidak membunuh diri.” Kemudian disusuli dengan gelak tawa moderater dan YB Timbalan Menteri.
3) Bagi kami, moderator mengendalikan program ini dengan penuh kata-kata berunsur stigma. Dia banyak guna isu kemurungan dan bunuh diri untuk menyerang “haters” yang tidak sehaluan dengan pemikiran politiknya. Dia gagal berempati dengan pemandiri kemurungan dan bunuh diri.
4) Moderator juga menyimpulkan dengan mengatakan kita perlu “fikir positif untuk kita dapat lihat kebenaran.” Saranan ini untuk “haters” atau untuk orang yang ada kemurungan dan idea-idea bunuh diri? Moderator ini gagal “stay on track” dengan topik perbincangan.
5) Dan tak sepatutnya seorang Timbalan Menteri itu ketawa berkali-kali apabila moderator menggunakan kemurungan dan bunuh diri untuk menyerang “haters” yang mengkritiknya. Sepatutnya YB Dato’ perlu tegur moderator tersebut. Program ini program yang gagal dan tak beretika.
6) Apatah lagi jika anda promosikan forum ini sebagai “solusi Islam” terhadap kemurungan dan bunuh diri. Sudah tentu ramai golongan yang rentan yang menonton dan boleh “triggered” dengan kata-kata anda.
7) Moderator ini seolah-olah mempolitikkan isu kesihatan mental dengan mentertawakan mereka yang mengkritik mereka dengan terma kemurungan dan bunuh diri. Namun, kami memuji Ustaz Syed Abdul Kadir dan Profesor Siti Aisyah kerana kekal profesional dan memberi mesej yang tepat.
Pautan asal program: