Hamzah Zainudin, daripada Samseng di Sekolah kepada Samseng di Pentas Politik

Sumber daripada rakan sekolah Hamzah di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) menyatakan pernah dibuli oleh Hamzah dan menyifatkan Hamzah sebagai seorang samseng sewaktu dibangku sekolah.

Bagaimana samseng ini di pentas politik?

Selepas kekalahan BN pada PRU14 Hamzah antara yang melompat parti untuk menyertai PPBM pada tahun 2018.

Apabila Tun Mahathir meletakkan jawatan, dan Kerajaan Perikatan Nasional mengambil alih tampuk pemerintahan beliau dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri oleh Muhyiddin.

Langkah Sheraton, PRN Sabah, perintah Darurat dan terkini pelantikan Ketua Polis Negara direncanakan oleh Hamzah Zainudin.

Bukan sahaja terdapat audio yang turut diakui sendiri oleh Hamzah, bekas ketua polis negara Tan Sri Hamid Bahdor juga terang-terangan menyebut nama Hamzah sebagai dalang di sebalik percaturan politik yang masuk campur institusi polis negara.

Kesemua langkah yang dibuat akhirnya memberi kesan buruk dan membawa kepada kucar kacir negara kita hari ini.

Jangan kita lupa yang memudahkan jalan Hamzah ini adalah Muhyidin, daripada seorang yang tanpa jawatan selepas PRU 14 kepada dalang besar situasi politik hari ini.

Hakikatnya, Muhyidin hanya sekadar boneka untuk mengisi kerusi Perdana Menteri. Beliau calon yang paling sesuai, tiada hala tuju, mempunyai naratif yang bersifat “neutral” berbanding Anwar, Mahathir atau Zahid dan Najib dan hanya sekadar mengikuti arahan dan cuba mendaki jawatan di dalam pentas politik seperti Azmin.

Perancangan Hamzah Zainudin sehingga hari ini semua beliau ikut sahaja.

Jika pilihan raya akan datang kerajaan kita berubah, sungguh panjang kerja untuk membersihkan kembali segala ketirisan salah guna wang dan korupsi yang telah berlaku hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *