Gaji Berapa Baru Boleh Beli X50

Harga Proton X50 dah keluar. Menarik kan nampak, haritu ada tengok orang buat ujian kat litar X50 boleh fight2 dengan HRV & BMW X1.

Tapi gaji banyak mana baru boleh beli X50?
*Nota : Gaji kat sini merujuk gaji isi rumah, maksudnya semua gaji yang ada dalam rumah tu.

1) Kereta + rumah jangan lebih 40% gaji.

Campurkan bayaran kereta & rumah. Katakan rumah kita bayar RM1,200 tiap2 bulan. X50 yang paling bawah pulak, kalau pembiayaan 7 tahun akan keluarkan
RM1,026 tiap-tiap bulan.
Rumah + kereta = RM1,200 + RM1,026 = RM2,206. Ini 40% daripada gaji.
Maksudnya gaji isi rumah minima kena RM5,500 setiap bulan.

2) Tapi mungkin kita ada kereta lain

Orang tak beli kot X50 sebagai kereta pertama. Mungkin ada kereta lain yang belum habis bayar jugak.
Jadi katakan ada Bezza,
RM1,200 + RM1,026 + RM600 = RM2,806
Kalau macam ni gaji isi rumah minima kena RM7,000 sebulan.

3) Kalau gaji tak sampai tahap tu macamana?

Telan lah air liur dulu. Pakai kereta yang boleh jalan dan kalau balik kampung tu sampai.
Kalau gaji sampai tahap tu pun, tak semestinya kena maksimakan 40% dan pakai kereta paling kita mampu. Selalunya lebih baik ambil kereta yang lebih bawah dan ada sedikit penampan untuk benda-benda lain atau kalau ada kecemasan.
Kalau mampu pakai BMW, pakailah Toyota. Kalau mampu pakai Toyota, beli Proton/Perodua.

Sumber FB Ikmal Nordin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *