Gabenor Bank Indonesia Menangis dan Tahajud!

Wabak Covid-19 mendatangkan impak ekonomi yang sangat besar kepada banyak negara sehingga membingungkan pemimpin-pemimpin tentang langkah yang patut diambil.

Tapi sikap Gabenor Bank Indonesia (BI), Dr Perry Warjiyo sangat luar biasa. Dalam satu konferens video bersama Komisyen Perbankan dan Ekonomi Parlimen Indonesia, beliau beremosi memikirkan impak Covid-19 terhadap ekonomi dan rakyat Indonesia:

“Saya emosional, pengin nangis ini. Malam tahajud, betul-betul mohon perlindungan. Allah Maha Besar, Maha Kuasa, Insya Allah bangsa kita selamat. Mohon maaf kalau agak sentimentil”

“Kami mohon dukungan, kami membangun kapal dan beri kami waktu agar kapal kuat. Saya setiap hari benar-benar menangis dan berdoa karena isu ini kompleks. Ini betul-betul ikhtiar maksimal, makanya kami butuh dukungan”.

Sejuk hati bila dengar kata-kata beliau. Kita dapat rasakan gerak kerja beliau bukan saja atas dasar jawatan, tetapi digerakkan oleh rasa sayang, prihatin, tawakkal dan keikhlasan.

Semoga Allah kurniakan kekuatan kepada Gabenor Perry, pimpinan dan rakyat Indonesia dan pimpinan dan rakyat Malaysia!

Sumber: Kontan.co.id

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *