Elaun RM 1K untuk Srikandi Bersatu Melalui YKN?

MP Segambut, Hannah Yeoh baru-baru ini meminta penjelasan daripada Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Rina Harun berhubung elaun RM1000 bagi sukarelawan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) yang diberikan kepada Srikandi Bersatu.

Mantan CEO YKN, Datin Paduka Che Hasmah turut mengulas isu berkait badan tersebut.

Berikut ulasan beliau

Antara persoalan yang perlu dijawab Rina Harun:

1. Bagaimana kadar RM1000 sebulan untuk sukarelawan ditetapkan?

2. Berapa pula kadar bantuan yang diberi?

3. Kenapa tempoh 3 bulan Julai hingga Oktober 2020 sahaja? Yang terkesan dengan Covid masih berterusan;

4. Adakah dihadkan kepada 30 orang sukarelawan sahaja? Dan siapa 30 yang dilantik itu? Individu atau Pertubuhan? Adakah 30 orang meliputi wakil  seluruh negara?

Kakitangan YKN sendiri sudah sekitar 80 orang dan kakitangan JKM lagi ramai. Apakah mereka tidak mencukupi untuk mencari rakyat yang memerlukan bantuan.

Mungkin juga peruntukan yang diterima oleh YKN terlalu besar mencecah jutaan dan perlu diagih segera semasa musim Covid dan kebetulan bersama dengan musim  pemilihan.

Soalan- soalan ini perlu dijawab dengan tuntas oleh pengurusan YKN. 

Sumber kewangan YKN adalah dari sumbangan orang ramai dan yang banyaknya dari peruntukan kerajaan.

Rakyat ada hak untuk tahu bagaimana ianya diagihkan. Yang perlu hanyalah siasatan pihak berwajib seperti Jabatan Audit Negara atau SPRM jika ada yg berkaitan.

Dulu dulu pun YKN telah pernah melalui siasatan dalam agihan projek 1Azam dan seumpamanya. Sejarah sekadar berulang.

Sumber FB Che Asmah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *