Ekonomi Negara Jatuh

Masa PKP haritu ekonomi jatuh teruk. GDP Malaysia jatuh 17.1% masa suku kedua 2020 berbanding suku kedua 2019.

Maksudnya ekonomi Malaysia akan ke laut ke?

Laporan Suku Kedua oleh Jabatan Statistik Malaysia

1. Jatuh memang dijangka

Memang kita sudah jangka GDP jatuh, sebab masa mula-mula PKP haritu banyak bisnes tidak boleh buka.

PKP Bersyarat mula bulan Mei, PKP Pemulihan Jun. Dan kita tengok banyak sektor ekonomi mula naik bulan Mei dan Jun.

2. Yang penting adalah suku ketiga

Suku ketiga ni yang penting nak tengok ekonomi pulih ke tak, sebab kebanyakan bisnes dah buka sepenuhnya.

Kalau menguncup jugak dalam suku ketiga, maknanya dahsyat impak Covid ni kepada ekonomi.

3. Suku ketiga nanti tengok sektor mana berkembang

Orang kata Covid ni akan ubah corak ekonomi.

Sektor IT/telekom mungkin membesar sebab kerja makin banyak atas talian.

Sektor hiburan mgkin kuncup, orang tak pergi sangat wayang/pusat rekreasi sebab takut.

Tu semua kita tengok bila nombor suku ketiga keluar nanti

Sumber FB Ikmal Nordin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *