Darurat Taktik Pilihan Hitler

Darurat ni bukan taktik politik baru.  

Januari 1933 – Hitler jadi Canselor Jerman dengan disokong golongan konservatif. Mereka rasa bila pakat dgn Hitler, dia akan mampu dikawal. Nazi pun hanya 7/13 anggota Kabinet.

Februari 1933 – Hitler dpt ‘kecemasan’ yg ditunggu. Bangunan Reichstag (parlimen) dibakar. Hitler salahkan golongan komunis dan memulakan hentaman bukan saja kepada komunis tapi semua haluan kiri.

Mac 1933 – Enabling Act diluluskan. Akta ni membolehkan Kabinet (& Canselor) membuat undang-undang tanpa melalui Parlimen.

Lepas Enabling Act, institusi paling berkuasa dalam negara ialah Kabinet dan Hitler sebagai Fuhrer (ketua). Tidak ada lagi peranan Parlimen.

Kabinet beransur-ansur diganti dengan penggerak dan pewala’ Nazi.

Jerman mula jadi negara satu parti. Hanya parti Nazi yg sah.

Semuanya bermula dengan satu ‘kecemasan’, membawa kepada satu ‘darurat’, dengan alasan ‘melawan musuh negara’.

Sumber : @ikmalnordin2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *