Darurat : Negara Terdesak atau Abah Terdesak?

Desas-desus PM bakal mengumumkan Darurat menggemparkan negara. Bursa Saham langsung jatuh dan suhu di FB & Twitter meningkat secara mendadak.

Persoalan yang ingin ditanya ialah : Siapa yang sangat terdesak sampai perlu Darurat?

Darurat pernah berlaku sekali dalam sejarah moden Malaysia, iaitu daripada 1948-60. Waktu itu pelbagai sekatan pergerakan diadakan untuk melawan musuh komunis, dan semua pasukan keselamatan dikerah untuk menjaga negara.

Darurat yang dicanangkan kali ni aneh sekali. Tiada sekatan pergerakan, kegiatan ekonomi tidak ditutup dan tidak ada apa-apa perubahan pada kehidupan. Ia hanya ‘darurat politik’ yang mana aktiviti politik tidak berlangsung.

Apa erti ‘darurat politik’? Jika dijalankan ia nampak jelas bertujuan untuk menghalang semak imbang terhadap kerajaan dan memberi kuasa meluluskan undang-undang tanpa perlu melalui Parlimen. Kerajaan nampak begitu rapuh dan kekurangan sokongan sehingga takut untuk berdepan di Parlimen pilihan rakyat.

‘Darurat menjaga kuasa’, jika berjalan juga, satu contoh yang tidak baik, seperti Hitler yang pernah menggunakan alasan kebakaran di Parlimen Jerman untuk memberi ‘kuasa darurat’ kepada dirinya sehingga menjadi diktator di Jerman.

Banyak negara lain menghadapi Covid-19 tetapi menggunakan ia sebagai alasan untuk mengisytiharkan darurat kosong, menampakkan situasi kerajaan yang sangat terdesak dan tipis sokongan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *