Dakwaan Saintis Malaysia di London Tidak Benar -KP Kesihatan

Jurnal saintifik Nature di dalam satu artikel memetik kata-kata oleh Audrey Teh, seorang pakar imunologi molekul di London. Audrey mendakwa di Malaysia kita tidak mempunyai sistem rawatan kesihatan negara dan banyak keluarga dimufliskan oleh bil perubatan yang tinggi.

Dakwaan ini disangkal oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham di laman rasmi facebook beliau dan laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut beliau Malaysia telahpun mencapai perakuna Liputa Kesihatan Universal pada tahun 1990 apabila cukai perkhidmatan rawatan kesihatan diperkenalkan untuk membiayai peruntukan awam.

Antara lain, Malaysia turut menyediakan rawatan kesihatan bersubsidi tinggi bagi semua penduduk. Semua penduduk di Malaysia boleh mendapat akses kepada semua perkhidmatan ini dengan bayaran yang minimum, manakala perkhidmatan bagi penduduk yang yang miskin, kurang upaya dan warga emas, disediakan secara percuma.

Malaysia juga terus diperakui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyediakan perkhidmatan rawatan kesihatan yang berkualiti berdasarkan kepada sistem rawatan kesihatan yang baik, dan tenaga kerja yang terlatih.

Malaysia turut mempunyai pencapaian yang sangat baik jika dibandingkan dengan negara-negara Pasifik Barat yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *