Covid-19 Cepat Merebak Melalui Udara Walaupun Ada Penjarakan dan Tanpa Sentuhan

Sektor ekonomi dan pendidikan giat dibuka ekoran pengurangan kes atau kadar jangkitan harian dengan SOP dan penjarakan sosial.

Namun, satu kajian yang baru diterbitkan mendapati restoran, tempat kerja atau kelas yang mempunyai pengudaraan tertutup akan membolehkan penyebaran Covid19 walaupun ada penjarakan dan tanpa sentuhan.

Di dalam kajian kes berikut, mereka mendapati walaupun pelanggan di restoran tidak berkongsi perkakas makanan dan menjaga penjarakan, 3 keluarga telah pun didapati positif Covid19 yang berpunca di restoran tersebut.

Berikut adalah simulasi bagaimana penyebaran melalui udara ini boleh berlaku berdasarkan kes jangkitan yang telah pun terjadi.

Kajian tersebut juga mendapati virus Covid 19 boleh kekal di udara sehingga 4 jam.

Langkah Pencegahan

1. Cara terbaik untuk menghentikan jangkitan ini adalah melalui pemakaian topeng pelitup muka sepanjang berada di kawasan yang mempunyai pengudaraan tertutup.

Namun, sudah tentu pelitup muka akan ditanggalkan sewaktu makan atau minum menjadikan kita terdedah kepada jangkitan.

2. Langkah lain adalah pengudaraan yang baik di tempat-tempat umum ini terutamanya kelas , pejabat dan restoran.

Buka tingkap sahaja tidak cukup, perlu juga mesin pembersih udara untuk menapis udara di tempat ini.

Di Amerika Syarikat mereka sudahpun meletakkan garis panduan terhadap kualiti udara di dalam kelas, restoran dan pejabat untuk mengelakkan penyebaran Covid 19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *