Confirmation Bias: Sikap Selektif terhadap Bukti dan Fakta

Kadang kala perkara yang sama kita post di facebook dan di twitter respons yang diterima di setiap platform berbeza. Ini berlaku kerana masyarakat kita hanya memilih untuk dengar apa yang kita nak dengar dan bukannya yang bertentangan dengan apa yang kita sedia percaya.

Sebab itu di facebook orang mengerumuni post yang selari dengan kepercayaan mereka, yang di twitter pula menghurung ciapan yang selari dengan andaian (assumption) dan pendapat masing-masing. Inilah yang disebutkan confirmation bias.

Ada tiga bentuk confirmation bias:

1. Bias dalam memilih fakta dan maklumat

Ini berlaku apabila kita tidak berlaku adil terhadap bukti dan fakta yang dibentangkan. Jika selari dengan andaian awal (presumption) kita terus setuju jika tidak selari terus dimaki hamun, diejek, troll dan sebagainya.

Pemilihan bukti dan fakta juga memerlukan kemahiran, bukan semua yang dibentangkan dengan rajah, statistik dan nombor dengan gaya bahasa bombastik dan jargon itu adalah fakta dan bukti.

Sebagai contoh berita. Berita ini akan bergantung kepada pemilihan kata dan bentuk penyampaian medium dan pemilik berita tersebut. Jadi, berita bukanlah satu bukti yang konkrit yang boleh terus diambil tanpa timbang tara.

2. Bias dalam interpretasi dan justifikasi

Cara kita mengolah dan memahami sesuatu maklumat itu juga bias kepada pemahaman sedia ada yang kita miliki. Boleh jadi yang dimaksudkan si A adalah lain, tapi difahami secara bebrbeza oleh kita.

Ini kerap berlaku dalam isu berkaitan,  perkahwinan, aurat lelaki atau perempuan, kesaksamaan gender, politik dan sebagainya. Semua isu ini mempunyai interpretasi yang luas, jadi tidak boleh mudah-mudah diambil di luar konteks.

3. Bias memori

Minda kita juga bersifat selektif dalam memilih sesuatu perkara yang ingin diingati. Contohnya, kita senang mengingati kebaikan kita dan keburukan orang dan kurang mengingati sebaliknya.

Jadi apabila sesuatu isu baru yang muncul, kita akan cepat-cepat mengaitkan dengan keburukan orang tersebut yang kita ingat.

Cofirmation bias ini adalah satu kecenderungan yang normal dalam manusia, kerana membantu meningkatkan cara kita memproses maklumat, melindungi self esteem dan mengurangkan percanggahan kognitif (konflik kepercayaan).

Namun, jika tidak diurus dan dikawal dnegan baik, kita akan menidakkan fakta dan bukti yang sedia ada.

Antara cara mengurus confirmation bias:

  • Baca keseluruhan artikel, bukannya membuat kesimpulan berdasarkan tajuk utama dan gambar.
  • Cari bukti yang boleh dipercayai yang ada dalam satu-satu artikel.
  • Menganalisa jika pernyataan yang ditegaskan itu disokong oleh bukti yang boleh dipercayai dan menjejaki sumber bukti untuk membuktikan kredibilitinya.
  • Galakkan diri anda dan orang lain untuk mengumpulkan maklumat secara sedar.

Rujukan:

https://www.simplypsychology.org/confirmation-bias.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *