Boros, Banyak Berhutang Lama-Lama Menipu

Penting untuk kita ukur baju di badan sendiri. Kerana bila hidup dengan boros, belanja melebihi keperluan, boleh sampai akan terpaksa meminta-minta daripada orang dan banyak berhutang.

Kalau berhutang tapi cepat bayar tak mengapa. Memang hutang itu antara benda yang kita dituntut bergegas.

Tapi bila banyak berhutang, dan kemudian belanja tak sedar diri pula, hutang itu akan duduk di posisi paling belakang. Cakap pula jadi berbelit-belit.

Memang patut Nabi SAW beri amaran daripada berhutang:

مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنَ الْمَغْرَمِ قَالَ ‏”‏ إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ
وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ ‏”‏‏.‏

(Seorang lelaki bertanya) “Ya Rasululullah aku lihat engkau banyak mohon perlindungan daripada hutang”.

Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya bila seseorang berhutang, dia menipu bila berkata-kata, dan berkhianat bila berjanji” (HR Bukhari)

Orang yang boros, banyak berhutang bukan sekadar mampu menipu. Maruah dirinya juga boleh dijual, mencuba apa saja untuk mendapat secebis keuntungan.

Sebab itu lebih baik hidup sederhana, hidup melebihi kemampuan menjadikan seseorang hilang pedoman, menjadi oportunis dan menggadai prinsip.

“Seseorang yang mencari kayu bakar dan memikulnya sendiri, lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain, entah diberi atau tidak” (Bukhari-Muslim)

Sumber FB Ikmal Nordin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *