Bolehkah Kita Menafsir Mimpi – Pandangan Sains

Biasa tak kita alami mimpi seperti jatuh dari tebing atau bangunan, dipatuk atau dibelit oleh ular atau kita sedang dikejar? Sebenarnya terdapat penjelasan psikologi bagi mimpi kita ini.

Sebelum anda terus membaca, saya perlu menafikan artikel ini bukan tentang menilik mimpi atau mengambil pandangan pseudopsikologi dengan kesan Barnum.

Mimpi sebenarnya boleh memberitahu kita apa pemikiran  ​dan perasaan tersirat kita dengan jujur terhadap sesuatu perkara.

Bagaimana mimpi berfungsi?

Semasa tidur, ada dua perkara yang berlaku dalam minda kita:

  1. Pengukuhan memori
  2. Penyelenggaraan mood dan perasaan.

Itulah sebabnya penting tidur yang cukup.

Terdapat dua pendekatan sains mengenai mimpi.

1. Ahli neurobiologi mendakwa bahawa mimpi tidak bermaksud apa-apa dan hanya mainan tidur.

2. Sebilangan ahli psikologi percaya bahawa mimpi dibina berdasarkan masa lalu kita (Freud) dan menjelaskan apa yang harus kita lakukan untuk masa depan kita (Carl Jung). Ada juga sebahagian yang tidak setuju.

Masa depan di sini bukan bermaksud kebolehan mendapat ilham boleh meramalkan masa depan. Tetapi, yang dimaksudkan adalah apabila kita mengetahui pemikiran dan perasaan yang tersirat yang biasanya kita pendam dari pengetahuan orang lain, ini dapat membantu kita bersikap jujur ​​dengan diri sendiri dan bagaimana perasaan kita terhadap sesuatu keadaan.

Contohnya, untuk seorang pesakit mental melepasi sebuah trauma, mereka kena mengetahui, apa pencetus dan perasaan mereka. Jadi, ini perkara yang mimpi boleh membantu dalam terapi.

Mimpi Kebanyakan (Common/Universal)

Kajian telah mengenal pasti beberapa mimpi universal yang paling sering dilaporkan walaupun berbeza budaya dan demografi.

Contohnya, jatuh dari tempat tinggi, telanjang di khalayak ramai, ular, dikejar dan beberapa lagi. Tafsiran mimpi yang selalu digunakan;

  • Jatuh adalah simbol ketakutan seperti kegagalan dalam pekerjaan atau kehidupan anda.
  • Mimpi telanjang di tempat awam mungkin menunjukkan bahawa anda takut akan ketidaksempurnaan anda dan melambangkan insecurity.
  • Dan ular boleh menjadi ketakutan kepada ancaman orang atau situasi kita yang terancam.

Menarik bukan? Mindblowing. Tapi sebelum anda pergi ke google dan cuba mencari apa maksud mimpi anda saya kena hentikan. Ia tidak semudah itu. Banyak penafsiran dan kamus mimpi ini adalah berdasarkan sains palsu. Ada juga yang mengaku pakar mimipi tetapi menyandarkan kepada sains palsu.

Sains Menafsir Mimpi

Namun, kita tidak mengabaikan mimpi sepenuhnya. Salah satu bidang psikologi yang melihatnya ialah psikoanalisis (Freud).

Psikoanalisis adalah kajian yang meneliti minda tidak sedar kita.

Dan psikoanalisis telah menjadi alat yang berguna untuk psikoterapi.

Khusus untuk pesakit dengan PTSD, kemurungan, kegelisahan dan beberapa penyakit mental lain.

Tapi, adakah kita masih boleh menafsirkan mimpi kita? Ya boleh. Mimpi boleh membantu kita memahami, mengenal pasti dan menyusun semula pemikiran, perasaan dan ingatan kita.

Bagaimana Menafsir Mimpi?

1. Rekod mimpi kita. Setelah kita terjaga, cuba ingat seberapa banyak perincian yang kita boleh ingat. Cuba kuragkan pergerakan kerana, sebaik sahaja kita bergerak, kita akan mula lupa mimpi kita kerana transisi mind kita daripada tidak sedar kepada sedar.

2. Mulakan jurnal/diari mimpi. Ini adalah untuk kita kenal pasti sebarang tema dan corak yang berulang.

3. Ini bahagian yang paling sukar. Menafsir mimpi.

Untuk mempermudahkan konsep mimpi yang sangat kompleks, kita dapat memecahnya menjadi 3 tahap.

a. Tahap eksplisit (Makna yang terus, dan tersurat)

b. Tahap subjektif (Karakter atau gambaran sebenarnya dapat menunjukkan siapa / karakter kita)

Sekiranya kita bermimpi seekor syaitan yang marah, ini mungkin menggambarkan perasaan marah kita yang kita cuba simpan.

c. Tahap perlambangan (corak mimpi yang menggunakan perlambangan. Ini biasa ada pada setiap orang seperti ular, watak dongeng)

Di tahap ini banyak orang mempercayai kamus mimpi walaupun sebenarnya penjelasan yang mereka berikan adalah samar-samar. (Kesan Barnum). Sebaliknya, cuba lihat setiap perlambangan atau tema di luar keadaan peribadi kita.

Contohnya, jika jika kita takut dengan ular kerana filem atau dokumentari atau trauma peribadi dan ia terus muncul dalam mimpi kita, kita mungkin perlu lihat apa makna ular bagi kita. Bagi saya yang membesar menonoton filem seperti anaconda, harry potter, ular selalu digambarkan sebagai binatang buas yang menakutkan yang sangat besar.

Oleh itu, saya menyedari corak mimpi ular yang cuba membunuh saya atau menyerang saya setiap kali fikiran saya gelisah, apabila takut akan masa depan atau merasakan ada sesuatu ancaman. Dan ini sering berlaku apabila saya menghadapi masalah kewangan, seperti membayar sewa, atau ketika saya tidur kerana ada tugas penting tetapi belum selesai.

Oleh itu, ia memberitahu saya perasaan tersirat yang saya sorok kepada diri saya sendiri. Walaupun saya sering berlagak tenang di khalayak ramai. Saya bukan pakar mimpi, tetapi sekurang-kurangnya saya mengenal diri saya sendiri. Jadi jurubahasa terbaik untuk mimpi kita adalah diri kita sendiri.

Semua kenangan dan pengalaman hanya kita yang dapat mengingatinya. Ahli terapi, mereka juga mungkin dapat membantu kita untuk menguraikannya. Ada beberapa tugasan yang boleh mereka gunakan untuk menolong kita. Atau kita juga boleh mendapatkannya melalui sumber yang boleh dipercayai: verywell mind dan psychologytoday dan cuba melakukannya sendiri dan lihat keberkesannya.

Sekali lagi, beberapa saintis tidak bersandar kepada sumber mimpi kerana ada keraguan dan tidak konsisten. Sebilangan orang cenderung untuk memberi reaksi berlebihan(bias), atau terlalu dramatik dalam menafsir mimpi mereka sehingga jatuh ke dalam ilmu pseudosains. Tetapi kita masih boleh menggunakannya untuk memahami diri kita sendiri dengan mengikut garis panduan saintifik.

Rujukan:

1. https://www.psychologytoday.com/us/blog/living-emotional-intensity/202008/why-you-may-want-listen-your-dreams

2. https://www.verywellmind.com/understanding-your-dreams-2795935

3. https://www.verywellmind.com/dream-interpretation-what-do-dreams-mean-2795930

Sumber: Twitter @aslamnorhan

Pautan asal:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *