Bila Pemimpin Tak Ingat Tuhan

Coretan seorang yang hidup pada zaman Hitler:
“The men who now rule speak only of their own deeds and their own egos; there’s never any talk of the fear of God, and for this reason the Third Reich wont be able to keep going for very long”
“Mereka yang memimpin kini hanya bercakap tentang jasa sendiri dan ego sendiri; tidak ada yg bercakap tentang takutkan Tuhan, dan sebab ini Reich Ketiga tidak mampu bertahan lama”
Sumber: Richard Evans, The Third Reich in Power 1933-1939
Beliau terbukti benar kerana Nazi hanya memerintah negara Jerman 12 tahun sebelum lingkup.
Pimpinan Nazi tidak berpegang pada moralitas agama yang dipegang oleh sebahagian besar rakyat Jerman. Sebaliknya mereka memperjuangkan ideologi perkauman ‘bangsa terpilih’ yang kononnya paling kuat dan paling layak memerintah dunia.
Atas pendirian ini mereka bukan sahaja menindas minoriti dalam negara tetapi melancarkan perang penaklukan yang menyebabkan kesengsaraan kepada banyak orang lain.
Negara yang berdiri atas korupsi moral dan ego tidak akan bertahan lama, dan sejarah telah membuktikan perkara ini.