Belanjawan 2021 – Bantuan Dikurangkan, Gaji/Pencen/Bekalan Perkhidmatan Awam Ditambah

Perkara yang ketara dalam Belanjawan 2021 ialah penurunan dalam bantuan & subsidi yang diberikan kepada rakyat. Adakah sebab tidak ada duit? Tidak. Ada peruntukan yang ditambah.

1. Subsidi dan bantuan berkurang 18.9b diperuntukkan untuk subsidi/bantuan.

Tapi ramai peniaga seperti mereka yang terlibat dalam perhotelan mengadu mereka tidak dapat apa-apa.

Dan memang logik jika mereka mengadu. Peruntukan bantuan dipotong secara signifikan.

2. Tetapi gaji dan pencen bertambah Peruntukan gaji dan pencen pula ditambah.

Gaji ini termasuklah gaji untuk kabinet yang sangat besar, sehingga ada Kementerian mempunya lebih dari 1 Timbalan.

Penjawat awam tidak terjejas pendapatan semasa Covid, dan tidak ada pemberhentian beramai-ramai.

Wajarkah mendahulukan mereka berbanding peniaga dan peruncit yang terjejas teruk dengan PKPB? Prioriti perbelanjaan semasa Covid perlu dilihat semula.

3. Bekalan dan perkhidmatan juga bertambah Bekalan dan perkhidmatan juga bertambah dengan drastik.

Kategori ini ialah semua perbelanjaan untuk mendapatkan bekalan/khidmat untuk perkhidmatan awam spt cleaner, katering, penyelenggaraan dan lain-lain.

Menteri Kewangan sendiri melaporkan bahawa peningkatan ini antaranya disebabkan penyelenggaran dan baikpulih infrastruktur. Contohnya selenggara dan baikpulih bangunan sekolah. Sudahlah sekolah ditutup. Adakah mencantikkan bangunan lebih utama daripada membantu rakyat yg tengah susah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *