Bekas Timb Gabenor BNM: Ekonomi Malaysia Dibebani Sistem Pangkat & Keistimewaan

Bekas Timbalan Gabenor BNM, Sukhdave Singh baru-baru ini menulis artikel menghentam dasar ekonomi Malaysia yang mengkayakan segolongan elit yang tertentu, dan mengatakan bahawa Malaysia dipenuhi ‘Dato-dato’ yang hanya berbangga dengan gelaran dan pangkat tanpa menyumbang apa-apa pun kepada pembangunan negara.

Bekas timbalan Tan Sri Zeti itu mengatakan bahawa DEB (dasar ekonomi baru) disalahgunakan oleh individu-individu yang oportunis untuk mengkayakan diri sendiri, sambil membuat dasar ‘menjaga periuk nasi’ sendiri yang tidak membantu ekonomi Malaysia, malah tidak membantu golongan yang sepatutnya dibantu oleh DEB.

Selain itu beliau juga mempersoalkan betapa banyaknya gelaran dan pangkat di Malaysia, yang diberikan secara pukal walaupun penerima itu tidak ada sumbangan besar kepada negara.

Beliau menceritakan pengalaman peribadinya sendiri, bagaimana penjawat awam sering merasa kekok apabila mengetahui beliau tiada gelaran ‘Dato’, dan sering juga beliau berjumpa orang yang memperkenalkan diri dengan ‘saya X. Dato X’ seolah-olah gelaran itu menandakan beliau seorang yang sangat tinggi dan perlu dihormati.

Beliau mengatakan bahawa dasar dan sistem yang ada di Malaysia ini mewujudkan sistem kasta yang pilih kasih: ada satu undang-undang untuk mereka yang di atas dan undang-undang lain untuk mereka yang berada di bawah.

Keadaan ini menurut beliau mendatangkan bebanan yang begitu besar kepada ekonomi Malaysia dan menyukarkan negara untuk maju seperti negara-negara lain. Mereka yang berbakat tidak diberikan peluang, malah mereka yang tidak kompeten pula naik ke atas.

Anda setuju dengan apa yang dikatakan oleh beliau? Kami rasa ada kebenarannya!

Pautan asal:

https://www.linkedin.com/pulse/burden-privilege-malaysian-economy-sukudhew-sukhdave-singh/?trackingId=Prf1W58VSpCA3j3z6Lt7sw%3D%3D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *