Bantuan Kewangan Mahasiswa

Belanjawan 2021 dilihat mengecewakan mahasiswa. Banyak perkara yang melibatkan kebajikan mahasiswa seakan tidak dipandang penting oleh kerajaan.

Scholarships education concept with graduation cap on coin money saving for grants education on wooden table dark background

Ini 6 perkara yang menjadi tuntutan mahasiswa dan membantu mereka dalam keadaan kegawatan sekarang:

1) MOF perlu mengadakan suatu peruntukan khas subsidi kepada rumah sewa pelajar.

MOF perlu menubuhkan Skim Rumah Sewa, yang mana pemilik rumah sewa boleh mendaftarkan rumah yang disewakan kepada pelajar untuk mendapatkan subsidi khusus daripada kerajaan.

2) Pengajian Jarak Jauh (PJJ) bukanlah murah.

Ia melibatkan kos peralatan tidak sedikit. Sebaiknya disediakan bantuan untuk mahasiswa dari kelas B40 & M40 bagi tujuan penyediaan peralatan PJJ tersebut.

3) Mengembalikan program Kad Siswa yang boleh digunakan untuk membeli buku dan peralatan belajar

Kerana selain daripada keperluan internet, keperluan tambahan perlu disediakan juga untuk PJJ kerana lokasi pengajian sudah berubah. Di kampus, keperluan tersebut telah dipenuhi.

4) Potongan yuran pembelajaran dan penginapan

Ini kerana bagi penginapan, PJJ hanya memerlukan pelajar kekal di rumah. Pelajar tidak menggunakan fasiliti kampus yang sebelum dicas dan disertakan dalam pembayaran yuran.

Bagi yuran pengajian, potongan perlu diberikan kepada subjek yang memerlukan kajian lapangan atau kajian saintifik, kerana PJJ tidak memerlukan perkara tersebut.

5) Mewujudkan dasar pendidikan baharu

KPT & KPM perlu mewujudkan dasar pembelajaran baharu berikutan wabak yang sedang melanda, ini kerana secara umumnya tiada jaminan bahawa dunia akan pulih dari wabak dalam tempoh 2-3 tahun ini, sekaligus menyebabkan perlunya norma baharu yang juga memberi impak besar kepada sektor pendidikan, justeru kerajaan perlu segera mewujudkan dasar ini bagi memastikan stabiliti dalam pendidikan terus berjalan meskipun caranya berubah.

6) Bantuan Pendidikan Berterusan untuk yang tidak dapat memasuki sektor pekerjaan.

Mahasiswa menghadapi pasaran pekerjaan yang tidak menentu. Oleh itu sebagai alternatif kepada menganggur atau bekerja dalam sektor ‘ekonomi gig’ (Foodpanda, Grab dll) mereka wajar diberikan peruntukan untuk kursus-kursus pendek atas talian yang dapat menambahkan kebolehpasaran mereka apabila ekonomi kembali pulih.

Sumber: Haiqal Harris, Mahasiswa Pengajian Islam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *