Bank Dunia Anggarkan Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Perlahan Sehingga 2022

Bank Dunia dalam laporan yang dikeluarkan baru-baru ini mengurangkan anggaran unjuran pertumbuhan produk domestik kasar (KDNK) Malaysia menjadi 4.2% menjelang 2022 berbanding 6% yang dianggarkan pada bulan Mac dan 6.7% pada bulan Disember 2020.

Ini setelah mengambil kira faktor:

1. Peningkatan jangkitan Covid- 19

2. Pelancaran vaksin yang lebih lambat daripada yang dijangkakan.

Menurut ahli ekonomi Kumpulan Bank Dunia, pemulihan ekonomi Malaysia terhalang kerana peningkatan semula jangkitan sejak pertengahan April, ditambah dengan pengembalian Perintah Kawalan Pergerakan yang dijangkakan akan memberi kesan yang signifikan terhadap penggunaan swasta.

Unjuran Pertumbuhan KDNK Negara Asia Timur dan Pasifik

Berbanding Malaysia, KDNK negara Asia Tenggara lain seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan Kemboja dijangga meningkat sedikit berbanding tahun ini. Anggaran pertumbuhan KDNK negara tersebut pada 2022 adalah seperti berikut:

Indonesia – 5%

Thailand – 5.1%

Vietnam – 6.5%

Kemboja – 5.2%

Meskipun demikian, ahli eknomi tersebut mengatakan bahawa fokus segera kerajaan harus diberikan kepada pencegahan wabak dan menyelamatkan nyawa dengan berkesan.

Kedua, pemberian vaksinasi harus dipercepatkan untuk membantu mengekang penyebaran pandemik.

Ketiga, kerajaan harus memberikan bantuan tambahan yang disasarkan untuk melindungi rumah tangga dan perniagaan yang rentan, terutama perusahaan kecil dan sederhana dan perusahaan mikro kerana batasan pergerakan dijangkakan akan terus berkuatkuasa dalam masa terdekat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *