BAHTERA Parti Baru Penuh Misteri
Dunia politik tanah air dikejutkan dengan kemunculan parti baru pada Hari Kebangsaan baru-baru ini.
Parti itu yang dinamakan ‘Parti Bahtera Sejahtera’ atau singkatannya BAHTERA menerbitkan kenyataan media di laman facebook mengumumkan bahawa parti itu sebuah parti yang membawa dasar Islam dan ingin membawa ‘daya politik yang baharu dan segar’.

Walaupun kenyataan tersebut singkat dan seakan mengumumkan kemunculannya sahaja, pelbagai spekulasi berlegar di media sosial tentang parti itu, siapa di belakangnya dan apa yang akan mereka bawa.
1. Adakah parti ini telah lama dirancang? Pengumuman parti itu pada tarikh yang bersejarah (31 Ogos), lengkap dengan laman media sosial dan logonya yang tersendiri memberi bayangan ini bukan kerja sehari dua. Kalau ia sudah dirancang kemas, siapa perancangnya?
2. Parti BAHTERA menyatakan bahawa ia berdasarkan ‘politik yang membawa dasar Islam berlandaskan Ahli Sunnah wal Jamaah’. Adakah ia memakai acuan ‘parti Islam’? Jika begitu adakah strateginya untuk mengambil ‘niche’ parti-parti Islam yang sedia ada seperti PAS dan AMANAH?
3. Siapakah Ir (Ingenieur) Hj Zulkifli bin Ahmad, presiden penaja BAHTERA? Adakah pemunculan pimpinan tersebut memberi signal bahawa ia parti Islam yang bertonggakkan golongan profesional dan cerdik pandai? Adakah dari awal parti ini ingin membezakan dirinya dengan jelas daripada pesaing-pesaing yang lain?
Begitu banyak persoalan yang muncul pasca pengumuman parti tersebut, dan setakat ini jawapannya kekal misteri. Apa pun mari kita lihat sama ada parti ini mampu mengubah landskap politik Malaysia.