Bagaimana Israel Yakinkan Kumpulan Antivaksin untuk Mengambil Vaksin

Vaksinasi di Israel adalah yang tertinggi di dunia pada kadar 60% dan 57% daripadanya telah mendapat dua dos vaksin. Untuk mencapai angka ini, mereka kena yakinkan atau melemahkan doktrin kumpulan antivaksin di sana. Eh Yahudi pun ada anti vaksin?! Bukan vaksin agenda yahudi ke?

Ya. Dan gerakan antivaksin di Israel juga sangat agresif dengan kempen mereka. Ini kerana Israel masih lagi mengamalkan demokrasi pada rakyat Israel dan Yahudi tentu sekali dapat keistimewaan. Sebab itu kebanyakan rakyat Israel sokong zionisme, doktrin yang sangat berjaya tak perlu kekerasan seperti di Korea Utara.

Kumpulan anti vaksin di Israel ramainya daripada kumpulan ortodoks Yahudi. Jadi macam mana Israel berjaya pujuk dan melemahkan kumpulan ini?

1. Kempen perang teori konspirasi

Setiap kali kumpulan teori konspirasi ini keluarkan poster dan sebagainya, mereka akan terus naikkan poster baharu yang menyanggah fitnah kumpulan anti vaksin ini.

Mereka buat dengan agresif selepas 2 minggu akhirnya kumpulan anti vaksin ini menyerah kalah, sumber mereka sebenarnya terhad.

2. Tekanan untuk kembali kepada kehidupan normal

Tempat kerja, hotel sekolah dan sebagainya sudah mula beroperasi seperti biasa. Namun, mereka yang tidak divaksin berhadapan tekanan seperti majikan tidak benarkan pekerja yang tidak divaksin untuk kembali masuk bekerja.

Di sekolah dan beberapa tempat awam juga begitu. Mereka tidaklah dibuang kerja dan sekolah tetapi diberi pilihan untuk melakukan secara remote atau atas talian jika tidak mahu mengambil vaksin.

Bantahan? Sudah pasti ada. Tapi kerajaan telah pun memberi pilihan.

3. Melumpuhkan sumber dana kumpulan antivaksin

Di Israel kebanyakan sumber dana kumpulan anti vaksin ini daripada satu talian berita yang khas untuk kumpulan Ortodoks Jews ini. Lebih banyak panggilan yang mereka terima lebih banyak bayaran yang mereka peroleh.

Talian ini bagaimanpun dipantau oleh sebuah rabi council bagi menghalang iklan seperti seks dan scam. Jadi, mereka senarai hitamkan juga berita-berita palsu ini dan akhirnya menyebabkan pendapatan gerakan antivaksin ini lemah.

4. Peranan media

Kumpulan anti vaksin sangat cepat mencipta naratif mereka untuk membenarkan hujah mereak terutama sekali kalau ada kematian melibatkan vaksin.

Terdapat satu kisah hangat sebuah keluarga yang cuba dieksploit oleh kumpulan anti vaksin.

Seorang suami baru sahaja meyakinkan isterinya yang mengandung untuk mendapatkan temujanji vaksin.

Bagimanapun, belum sempat dia mengambil vaksin, dia mendapat jangkitan dan terpaksa ditahan di hospital.

Bayi yang dikandung lahir sewaktu dia sakit dan meninggal dunia selepas beberapa hari.

Kumpulan anti vaksin kemudian terus mendakwa bahawa bayinya mati kerana dia ambil vaksin. TV dan radio nasional kemudian membuat wawancara bersama keluarga tersebut bagi menghalang berita palsu yang didakwa ini tersebar luas.

Walaubagaimanapun mereka masih jauh daripada melemahkan gerakan anti vaksin ini.

Buktinya, seorang doktor di Israel yang telah dilucutkan lesen perubatannya telahpun menubuhkan sebuah parti yang mendokong gerakan teori konspirasi seperti vaksin dan Covid 19. Ironinya, parti yang menentang vaksin itu diberi nama “Heal” yang bermaksudkan menyembuhkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *