Asia Sentinel Dedah Malaysia Gagal Mengekang Wabak Covid-19 kerana Pemerintah

Dalam laporan tekini di laman Asia Sentinel antara punca kegagalan Malaysia dan beberapa negara asia tenggara yang lain berpunca daripada sikap pemerintah, melibatkan kerajaan sedia ada dan YDPA. Dengan tajuk Raja dan vaksin Wartawan Berthelsen mendakwa:

1. Terdapat menteri yang mengambil kesempatan terhadap pengagihan vaksin yang dibeli oleh negara kita antaranya Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dan Menteri Kesihatan Adham Baba. Vaksin yang negara kita peroleh didakwa diberikan kepada kumpulan politik tertentu.

2. YDPA dan rombongannya mendapat vaksin secara haram yang masih belum lagi dibenarkan dan diterima di Malaysia daripada rakan lamanya di UAE. Baginda juga menerima tambahan 2000 vaksin lagi yang baginda tawarkan kepada ahli keluarga, rakan, menteri dan rakan bisnes.

3. Menteri kesihatan kemudian diminta untuk menghasilkan ‘booklet’ kuning sebagai pas untuk membenarkan mereka yang mendapat vaksin haram ini melancong ke mana-mana negara yang mereka mahukan. Sebanyak 200 booklet kuning telahpun dihasilkan.

4. Booklet kuning ini kemudian dihalang oleh Pengarah Kesihatan DG Hisham, dan rumah kedua-dua doktor itu didakwa diserbu dan menjumpai vaksin tersebut di rumah Dr Zulkarnain.

5. Pengarah Kesihatan DG Hisham juga didakwa tidak disenangi ramai kumpulan di dalam kerajaan kerana, bersikap diktator dalam membuat keputusan melibatkan langkah pencegahan wabak ini. Antaranya, beliau didakwa punca pemesanan vaksin sangat lambat kerana menunggu sehingga vaksin ini dibenarkan di UK dan Eropah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *