Apa Makna Pelanduk Menendang Anjing Dalam Sejarah Melayu?

Setiap bangsa ada ‘foundation myth‘ (mitos pengasasan) yang membentuk karakter bangsa tersebut.

Amerika Syarikat kononnya diasaskan oleh segolongan ‘Pilgrim‘ (penghijrah) yang mencari hidup baru yang bebas daripada cengkaman penguasa.

Rom Purba sentiasa ingat dengan mitos pengasas kembar Romulus & Remus yang disusukan oleh serigala betina, menunjukkan betapa mereka ditakdirkan untuk kehebatan.

Melaka pula terkenal dengan kisah pelanduk menendang anjing. Parameswara kononnya melihat peristiwa itu dan sangat kagum, sehingga menjadikan tempat tersebut sebagai pusat kerajaan barunya.

Sebenarnya kisah ini juga boleh dianggap mitos pengasasan yang penting dan memberitahu kita karakter empayar Melaka itu sendiri.

Pelanduk yang dikelilingi anjing buas

Melaka itu sendiri sepanjang sejarahnya ibarat pelanduk yang sentiasa perlu berhati-hati dengan anjing buas.

Dalam kejiranannya ada empayar yang hebat. Empayar Siam, empayar Majapahit dan paling besar sekali Empayar Cina.

Tetapi walaupun tidak sebesar empayar lain, Melaka mampu berdiri sendiri atas kebijakan yang tinggi. Kebijakan sang kancil yang pandai mencari gelanggang dan menyamar di sebalik semak samun, mencari masa yang sesuai untuk menendang.

Itulah makna yang ingin disampaikan kepada kita dan makna ini masih relevan sehingga hari ini.

Malaysia ini bukanlah besar sangat. Penduduk pun tidak ramai. Tetapi jika kita mengambil prinsip sang pelanduk kita mampu menundukkan bukan sahaja anjing tetapi apa-apa sahaja haiwan di rimba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *