Analisis Parlimen – Maszlee Cemerlang Shahidan Kassim Paling Sembang

Hasil dapatan kajian oleh badan bukan kerajaan (NGO) Institue for Research and Development Policy (IRDP) melaporkan prestasi Ahli Parlimen bagi sesi perbahasan 2018-2019.

Antara fokus kajian adalah melihat kekerapan Ahli Parlimen berucap di dalam dewan dan kualiti ucapan perbahasan mereka di dalam dewan.

Ahli Parlimen Shahidan Kassim mendahului ahli parlimen lain dengan kekrapan berucap paling tinggi jauh berbeza dengan ahli parlimen lain.

Namun, ahli parlimen yang paling kerap berucap tidak semestinya berbincang topik yang bermakna. Sebaliknya Ahli Parlimen yang kurang berucap mungkin lebih kerap bercakap topik yang relevan.

Walaupun Dr Shahidan Kassim paling banyak berucap dia di tempat keempat dari segi menyentuh kata kunci bermakna di dalam dewan.

Dr. Maszlee Malik pula, dilihat mendahului ahli parlimen bagi ucapan perbahasan menyentuh topik bermakna berdasarkan kata kunci seperti infrastuktur, kaum, ekonomi, agama dan lain-lain walaupun tidak tersenarai dalam 10 ahli parlimen yang paling berucap.

Kajian turut memberi cadangan penambah-baikan kepada tadbir urus perbahasan agar lebih bermanfaat dan berfokuskan kepada perbincangan polisi negara berbanding propaganda seperti sesetengah klip video yang tular di media sosial.

Untuk bacaan penuh kajian, boleh didapati daripada pautan di bawah:

https://irdp.my/wp-content/uploads/2020/12/Analisis-Perbahasan-Parlimen-2018-2019-final.pdf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *