Anak Muda: Monopoli Sang Tua

Pasca PRU 14 menyaksikan dinamiknya pergerakan atau perubahan politik di Malaysia. Antara yang menjadi signifikan adalah perubahan Kerajaan Pakatan Harapan kepada Kerajaan Perikatan Nasional tanpa melalui pilihan raya umum. Umum kita ketahui peristiwa ini terjadi apabila Parti Pribumi Bersatu (PPBM) bertindak keluar dari Pakatan Harapan dan menjalinkan kerjasama bersama UMNO, PAS dan GPS bagi membentuk kerajaan baru.

Melihat kepada situasi ini, pastinya pembawakan keputusan besar ini pasti hasil dari pemikiran Sang Tua yang sudah lama berada dalam kepimpinan parti. Mari kita lihat umur setiap pemimpin dalam parti masing –masing sehingga tahun 2020:-

PPBM: Tan Sri Muhyiddin Yassin (73 Tahun)

UMNO: Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi (67 Tahun)

PAS: Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang (73 Tahun)

PKR: Dato’ Seri Anwar Ibrahim (73 Tahun)

AMANAH: Mohamad Sabu (66 Tahun)

GPS: Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg (70 Tahun)

WARISAN: Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (63 Tahun)

DAP: Lim Kit Siang (79 Tahun)

MCA: Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (52 Tahun)

MIC: Tan Sri S A Vigneswaran (55 Tahun)

Nah. Realitinya perkembangan dan pembawakan politik di tanah air kita di monopoli oleh mereka yang sudah terlalu lama dalam medan. Adakalanya releven, adakalanya sampah. Tidak dinafikan sumbangan-sumbangan mereka tetapi menjadi persoalan kepada anak muda adakah kita inginkan landskap politik tanah air ini diterajui oleh Sang Tua. Apakah anak muda di Malaysia ini terlalu naif untuk mengepalai Negara Malaysia ini? Apakah anak muda hanya wujud dalam sayap parti sahaja? Adakah idea anak muda ini hanyalah picisan? Seharusnya anak muda perlu berfikir dan terus berfikir tentang arah tuju kelangsungan hidup kita dan generasi akan datang kerana yang lama akan pergi meninggalkan kita, dan kita akan teruskan perjuangan ini.

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. (Al-Kahfi18:13)

Ditulis oleh Bro. A.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *