Ambil Loan ASB untuk Bayar Pinjaman Kereta?

Pernahkah anda dicanangkan dengan idea ambil loan ASB untuk membeli kereta?

Gambar di bawah ini bohong. Kenapa?

#1 Kalau ambil loan ASB, dividen dia bukan semuanya boleh digunakan untuk bayar kereta. Loan itu pun kena bayar balik setiap bulan.

#2 Kalau loan tu 4%, setiap bulan kena bayar balik RM605. Setahun dalam RM7260.

Dividen pula kalau 5.5% setahun dapat RM5,500.

5,500-7,260= negatif 1,760. Itu pun sudah rugi. Tang mana dapat duit nak bayar instalment kereta pulak.

Kesimpulannya jangan tertipu dengan infografik. Maqam dia tinggi sikit je daripada sekadar jual air liur, tetapi tetap membohong.

Sumber: Fb Ikmal Nordin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *