Ahli Politik dan Blame Game


Dahulu Mahathir apa-apa salahkan Najib, terkini Muhyiddin. LGE potong dana sewaktu menjadi menteri kewangan salahkan 1MDB dan Najib.

Khairuddin tak kuarantin salahkan DAP. Zahidi salahkan DAP dan Kudat(Rahim). Sehingga tuduh Veveonah tipu.

Kita rakyat marhaen yang penat, stress. frustrated.

Bukan ahli politik je,sebenarnya kita semua melakukan blame game ini (tuding jari salah menyalahkan orang lain). Kadang kadang kita pun tanpa perasan melakukan blame game. Tapi politician lagi dahsyat.

Kenapa?

1. Satu defense mechanism terbaik.

Kadang kadang orang gelar ia sebagai ‘denial’, tapi menyalahkan orang lain ini adalah satu defense terbaik untuk menjaga harga diri dan keyakinan (kajian menunjukkan ahli politik, mempunyai pride yang tinggi dipanggil ‘collective narcissism’).

2. Satu bentuk serangan yang merbahaya .

Blame can be very hurtful and very powerful to destroy one’s image. Image ni akhirnya membentuk stereotaip atau stigma. Contohnya “DAP benci Islam”, “Lebai Pas mundur”, “UMNO rasuah”.

3. Lebih mudah untuk menuduh dan menyalahkan orang lain berbanding mengambil sikap bertangungjawab.

Responsibility to a politician is a liability. Lebih banyak kerja yang mereka perlu lakukan, boleh dapat malu dan akan mengurangkan publisiti.

4. Budaya menipu.

Ada kata-kata yang popular “All politician lies”. Ada banyak sebab mengapa ahli politik menipu. Antaranya adalah penyokong dan masyarakat kadang kadang tidak mahu mengetahui kebenaran, kerana kebenaran tidak menyenangkan kerana berbeza dengan pandangan mereka. Oleh sebab itu, ahli politik kebanyakannya akan terus menipu sehingga satu penipuan itu dilihat sebagai satu kebenaran yang baru.

Rujukan:

Lench, H. C., Domsky, D., Smallman, R., & Darbor, K. E. (2015). Beliefs in moral luck: When and why blame hinges on luck. British Journal Of Psychology, 106(2), 272-287. doi:10.1111/bjop.12072.

https://www.bbc.com/future/article/20170303-how-collective-narcissism-is-directing-world-politics

Sumber Twitter Aslam Norhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *