Ahli Parlimen yang Lemah Sasaran PN untuk Miliki Majoriti

Hari ini, Datuk Dr Xavier yang merupakan Timbalan Pengerusi PKR mengumumkan peletakan jawatan dan berpindah untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional.

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifudin Nasution, mendakwa Menteri Kanan PN menggunakan PDRM, SPRM dan LHDN untuk mengumpan dan mengugut ahli parlimen pembangkang. Itulah juga dakwaan PKR terhadap pengunduran Dr Xavier.

Daripada empat ahli parlimen yang mendapat tekanan; YB Lim Guan Eng, YB Larry Sng, YB Steven Choong dan YB Dr Xavier Jayakumar, tiga daripada mereka telah pun mengumumkan sokongan mereka terhadap PN.

Kebetulan?

Sebelum ini, ahli parlimen “dibeli” dengan tawaran jawatan, sekarang ahli parlimen pembangkang yang terpalit kes rasuah dan skandal menjadi sasaran seterusnya. Apa-apa kelemahan pada gabungan parti pembangkang akan terus menjadi sasaran.

Situasi ini mungkin berterusan sebelum parlimen dibuka semula.

Dengan situasi ahli parlimen UMNO yang ingin menarik balik sokongan mereka terhadap PN, dan sokongan dalaman PH yang berkurangan, belum ada lagi gabungan politik yang berani untuk mendakwa mereka memiliki majoriti di parlimen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *