Adegan Buli di Parlimen

Setiap kes buli pasti ada watak-watak ini:

  • Pembuli
  • Mangsa
  • Pembantu pembuli
  • Penggalak
  • Pemerhati
  • Pencegah

1. Pembuli

Orang yang cakap atau buat sesuatu dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang.

Contohnya, orang tua buli orang muda. Panggil orang budak-budak, suruh duduk, kata jangan buang masa dengan penuh angkuh.

Bukan sekali tetapi berkali-kali.

2. Mangsa

Orang yang dituju untuk dibuli.

3. Pembantu pembuli

Tak mulakan buli secara langsung, tetapi dia membolehkan tindakan buli. Contohnya, orang yang backup pembuli dengan kata β€œdia gurau sahaja.”

Gurau sering menjadi alasan bagi pembuli untuk terlepas.

4. Penggalak (reinforcer)

Tak buli tetapi dia gelak, sokong, bersorak bila tengok orang kena buli.

Contohnya kawan-kawan orang tua yang pembuli tadi.

5. Pemerhati (bystander)

Orang yang tengok sahaja tanpa buat apa-apa. Disokong pun tidak, dicegah pun tidak.

6. Pencegah (interference)

Orang yang β€œstep up” untuk mencegah buli. Contohnya YB Hannah Yeoh yang cuba bersuara tetapi dihalang speaker.

Kita Mampu Lawan Pembuli!

Ada kajian oleh profesor di UCLA diterbitkan dalam Journal of Consulting and Clinical Psychology mendapati, cara paling efektif untuk menangani kes buli ialah mendidik pemerhati (bystanders) supaya menjadi pencegah.

Lebih ramai pencegah, lebih kuat suara untuk menghalang si pembuli meneruskan buli.

Jom anak muda, ramai-ramai kita jadi pencegah, bukan hanya pemerhati.

Daftar mengundi & buat pilihan sebaiknya.

https://mysprdaftar.spr.gov.my

Rujukan kajian:

https://psycnet.apa.org/record/2012-09813-003

Sumber Twitter @akifbasri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *