Ada Orang Samakan Diri dengan Raja?
Sebuah penerbit akhbar ditegur jurucakap istana kerana posting yang dianggap biadap kepada Sultan sebuah negeri kerana tak mengikut tatatertib dan protokol.

Ada sebuah kisah dalam Sejarah Melayu, Bendahara Paduka Raja dan Laksamana Hang Tuah dikurnia usungan oleh Sultan Mahmud atas jasa menjaga dan melindungi Baginda semasa Baginda gering.
Mengikut protokol, hanya Raja yang diusung atas usungan. Tapi kerana jasa besar mereka berdua (termasuk menyelamatkan nyawa Raja yang masih muda), maka dua pembesar itu dikurniakan usungan.
Laksamana menggunakan usungan itu manakala Bendahara tidak menggunakannya.
Anak buah Bendahara berkata Bendahara terlalu lurus, memanggilnya “Pak Si Bendul” sebab tak pandai tunjuk status gunakan usungan kurniaan raja.
Jawab Bendahara: khuatir nanti orang sangka akulah Raja, dan orang samakan aku dengan Raja;
“manatah kelebihan Raja daripada aku?”
Kita tidak tinggal di zaman feudal, tapi janganlah melampau biadabnya samakan diri dengan Raja.
Peribahasa Melayu, biar mati anak, jangan mati adat. Seorang lagi watak yg samakan diri dgn Raja dlm hikayat ialah Hang Jebat yg derhaka & “berbuat seperti laku anak Raja-raja”.
Sumber Twitter YB Steven Sim @scheekeong