5 Kepentingan UAE Berkawan dengan Israel

Berita normalisasi UAE dan Israel mengejutkan, tapi tidak pelik. Selama ni ‘kahwin senyap’ sahaja; sekarang dah buat walimah boleh umum kat orang ramai yang pasangan ni duduk serumah. Apa apa buat pun boleh tunjuk, sebab dah sah.

Apa kepentingan ekonomi yang masing-masing dapat?

1) MINYAK

Ceruk pelabuhan Dubai

UAE ada minyak yang banyak, itu kita semua tahu. Berapa banyak? Rizab minyak UAE lebih kurang 97.8 bilion tong.

Israel pula tak ada minyak. Bekas PM Israel Golda Meir pernah berseloroh “He (Moses) took us 40 years through the desert in order to bring us to the one spot in the Middle East that has no oil.” (Nabi Musa bawak kita merentas padang pasir selama 40 tahun untuk sampai ke satu2nya tempat di Timur Tengah yang tak ada minyak).

Israel hanya guna 250,000 tong minyak sehari. Kalau UAE bagi 10% sahaja daripada rizab minyak mereka, cukup untuk Israel hidup 100 tahun. Eloklah tu. Semoga sama2 sesat dalam padang pasir lepas ni.

2) PELANCONGAN

Hotel Emirates Palace

Israel bergantung kepada pelancong. Penduduk ada 8.9 juta, tapi pelancong ada 3.6 juta.

Kalau sebelum ni rakyat Israel pergi ke Eropah untuk bercuti, sekarang boleh pergi Dubai.

Rakyat UAE pula boleh pergi ke tanah suci Baitulmaqdis dan dengan rela hati beri duit kepada rejim kotor, seperti yang dilakukan oleh sebilangan rakyat kita sendiri.

3) TEKNOLOGI

BandarTel Aviv

Israel terkenal sebagai ‘start-up nation’ dan ada begitu banyak syarikat teknologi. UAE pula ingin menarik lebih banyak syarikat untuk melabur di negara mereka, dan tabung minyak mereka mencari2 peluang baru untuk melabur.

Duit mereka yang begitu banyak akan mengembangkan industri teknologi Israel, antaranya yang membuat peralatan surveillance (pengintipan) dan ketenteraan yang begitu menekan keadaan orang Islam.

4) AIR DAN PERTANIAN

Dubai Marina

UAE ada banyak air, tapi airnya masin. Israel pula ada syarikat2 penyulingan yang masyhur dan boleh memberi minum kepada penduduk UAE.

Syarikat2 pertanian pula boleh membantu UAE untuk menumbuhkan tanaman di tengah padang pasir yang panas. Walaupun Qatar berjaya membuat industri pertanian sendiri dengan syarikat2 tempatan seperti Agrico, tapi UAE nampaknya lebih suka berkawan dengan pemeras dan perompak.

Rujukan:

https://www.trtworld.com/middle-east/uae-israel-deal-opens-doors-to-business-after-historic-flight-39345

Sumber FB Ikmal Nordin

One thought on “5 Kepentingan UAE Berkawan dengan Israel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *